Sebahagian peniaga kecil memilih untuk tidak mendaftar perniagaan bagi mengelak daripada dikenakan cukai perniagaan, kata Ketua Eksekutif SME Corporation Malaysia Datuk Hafsah Hashim.
Beliau menekankan bahawa kebimbangan dikenakan cukai korporat dan kos pendaftaran perniagaan yang tinggi merupakan dua faktor utama peniaga memilih untuk tidak mendaftarkan perniagaan mereka.
"Cukai korporat dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak dikenakan ke atas peniaga kecil, dan ini perlu disampaikan kepada mereka agar mereka sedar bahawa mendaftar perniagaan adalah lebih baik kerana dapat meningkatkan pertumbuhan syarikat dan mengembangkan perniagaan.
"Dan apabila mereka sudah mendaftar, adalah lebih mudah untuk kita merantaikan mereka kepada syarikat yang lebih besar, syarikat yang menjalankan perniagaan yang hampir serupa dan yang boleh menjadi pembekal kepada mereka," katanya kepada media baru-baru ini.
Hafsah berkata peniaga tidak berdaftar dikelaskan sebagai sektor tidak formal dan menyumbang 31 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Bagaimanapun, katanya peratusan sektor tidak formal ini perlu diturunkan kepada sekurang-kurangnya 14 peratus bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.
Beliau turut menekankan bahawa sektor tidak formal di Singapura hanyalah sebanyak 14 peratus daripada KDNK manakala Amerika Syarikat (sembilan peratus).
Menyentuh mengenai Akta Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), Hafsah berkata rang undang-undang mengenainya akan dibentangkan kepada Kabinet pada Januari tahun hadapan.
"Ketika ini kami sedang menggubal versi kedua rang undang-undang berkenaan dengan Akta PKS selepas mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk institusi perbankan dan persatuan," katanya.
Hafsah juga berkata versi ketiga Akta PKS akan disiapkan menjelang akhir tahun ini sebelum dikelilingkan sekali lagi bagi mendapat maklum balas pihak persatuan industri, sektor perbankan, ahli akademik yang berkaitan dengan industri PKS.
Ditanya mengenai kandungan Akta PKS, beliau berkata penyelarasan antara peraturan perniagaan persekutuan, Sabah dan Sarawak adalah antara beberapa perkara yang disentuh dalam rang undang-undang baharu tersebut.
Bagaimanapun, Hafsah menegaskan bahawa pelaksanaan pelarasan undang-undang perniagaan itu akan mengambil masa memandangkan ketika ini perniagaan di Sabah dan Sarawak tertakluk di bawah ordinan yang berbeza daripada yang terdapat dalam Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
"Jadi, kita hendak cari jalan penyelesaian bagaimana kita boleh memastikan PKS, terutama peniaga baharu, boleh kita daftarkan," katanya.
Bernama
Mon Jul 20 2015
SME Corporation Malaysia berkata cukai korporat dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak dikenakan ke atas peniaga kecil.
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, ayam beku lebih RM1.3 juta di Sabah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggalkan cubaan menyeludup minuman keras dan ayam sejuk beku bernilai RM1.32 juta dalam empat siri rampasan berasingan baru-baru ini.
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
Naikkan cukai syarikat besar untuk agihan lebih banyak kepada rakyat - Hassan Karim
Hassan Karim mencadangkan supaya cukai keuntungan terhadap syarikat-syarikat besar dinaikkan sebanyak 3 peratus iaitu daripada 24 peratus kepada 27 peratus.
Parlimen: Pengenalan cukai kepada T15 bukan alasan label 'Belanjawan Robin Hood'
Lim Guan Eng berkata, ia sebenarnya usaha kerajaan menangani kesenjangan dan mengurangkan ketidaksaksamaan.
TNB akan rayu taksiran tambahan LHDN berjumlah RM1.39 bilion
TNB juga telah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.
Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta
Kenderaan yang disita dalam rampasan secara berasingan antara Jun dan Julai lepas di Kangar dan Kuala Perlis itu membabitkan cukai sebanyak RM2,239,475.
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan
Penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.
Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar
Pulau Pinang akan menghantar surat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri.