PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menggesa lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memohon pensijilan Logo Kebangsaan Jenama Malaysia oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) untuk mempromosikan produk tempatan dalam pasaran antarabangsa.
Timbalan Menteri, Datuk Lim Ban Hong berkata pensijilan itu penting dalam usaha untuk melonjakkan reputasi negara di peringkat dunia.
"Mengikut skim Logo Kebangsaan Jenama Malaysia, syarikat yang menyertainya dan berjaya melepasi proses penilaian yang ketat akan diberikan hak untuk menggunakan jenama tersebut pada produk dan perkhidmatan eksport mereka," katanya pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina 2022 anjuran Persatuan PKS Malaysia di sini, Khamis malam.
Beliau berkata setakat Disember 2021, sebanyak 173 perusahaan domestik telah diperakui dengan pensijilan Logo Kebangsaan Jenama Malaysia.
Bagi memperkukuh lagi kualiti dan reputasi kecemerlangan produk Malaysia, perusahaan yang diperakui tersebut perlu menjalani prosedur pengauditan dan pemantauan berkala, katanya.
Sementara itu, Persatuan PKS Malaysia mahu kerajaan membantu dalam menyokong PKS tempatan mengautomasikan lagi kemudahan mereka selain kekal kompetitif untuk merangsangkan pembangunan ekonomi yang sihat.
Presiden Kebangsaan, Ding Hong Sing berkata perniagaan di Malaysia tidak seharusnya mengabaikan kepentingan automasi ke atas kemudahan pada era rangkaian moden dan kecerdasan buatan.
"Melalui langkah penggunaan teknologi di tempat kerja, PKS boleh merealisasikan kecekapan kerja yang lebih tinggi dengan kurangnya tenaga kerja, peralatan, masa dan ruang, di samping memakmurkan ekonomi," katanya.
Beliau juga berharap kerajaan dapat memudahkan proses pengambilan pekerja dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing untuk memastikan tenaga kerja tempatan meraih manfaat daripada persekitaran kerja yang dijangka lebih baik dalam jangka masa panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 11 2022

MITI menggesa lebih banyak PKS memohon pensijilan Logo Kebangsaan Jenama Malaysia untuk mempromosikan produk tempatan dalam pasaran antarabangsa. - Gambar hiasan
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

PKS: Sokongan turut ambil kira aspek pemerkasaan usahawan
BSN memberikan khidmat nasihat dan bimbingan serta program latihan yang berkala bagi memastikan pelanggan mereka mempunyai pengetahuan yang diperlukan tentang dunia digital.

Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B
Katanya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk promosi sijil halal dan dengan pihak berkuasa untuk kurangkan beban mereka.

Funding Societies peroleh pelaburan daripada Cool Japan Fund
Setiap tahun, purata pelaburan langsung Jepun di rantau ASEAN dianggarkan berjumlah kira-kira RM83 bilion.

MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.

Maybank tawar bantuan kepada pelanggan, PKS terjejas banjir
Maybank menawarkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu mangsa banjir yang terkesan di seluruh negeri.

PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.

Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia
Kewujudan rangkaian 5G kedua, U Mobile Sdn Bhd mampu memberikan impak positif kepada pengguna dan sektor industri.

Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

PKS pemacu pertumbuhan ekonomi APEC, pupuk keterangkuman - Tengku Zafrul
Pertumbuhan inklusif bukan setakat yang memberi manfaat kepada syarikat besar dan multinasional, sebaliknya perlu bercirikan saksama.

SIBS 2024 Siri 2 catat 44,000 pengunjung, RM1.66 bilion transaksi perniagaan berpotensi
Siri Kedua ini mengukuhkan lagi SIBS sebagai acara antarabangsa untuk perniagaan, inovasi, dan pertumbuhan lestari di ASEAN, dengan meletakkan Selangor sebagai gerbang ke rantau ini.