Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menjangkakan pertumbuhan dalam premium kasar bagi sektor insurans am antara 2.5 hingga 3.5 peratus tahun ini.
Pengerusi Chua Seck Guan menjangka persekitaran ekonomi dan operasi akan terus memberi cabaran kepada industri.
Bagaimanapun, beliau berkata persatuannya yakin momentum pertumbuhan dikekalkan walaupun pada kadar yang sederhana.
"Industri insurans am telah membuktikan daya tahan dari masa ke masa dan tahun ini tidak ada bezanya," katanya kepada wartawan selepas pembentangan prestasi tahunan industri insurans am 2015.
Chua berkata, segmen insurans komersil, hartanah, pelancongan, perubatan dan kesihatan (MHI) dijangka akan terus mengekalkan momentum pertumbuhan yang stabil tahun ini.
Sementara itu, merujuk kepada prestasi 2015 beliau berkata industrinya telah mencapai 2.3 peratus pertumbuhan dengan premium bertulis kasar RM17.49 bilion.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PIAM Mark Lim, ini merupakan kadar yang agak perlahan, berbanding dengan 5.9 peratus sebelum ini.
Beliau menyatakan bahawa insurans motor yang merupakan aliran perniagaan dominan industri tersebut berkembang pada 2.1 peratus bagi tahun ini dan mendapat bahagian pasaran sebanyak 46.3 peratus.
Premium bertulis kasar insurans motor meningkat kepada RM8.1 bilion daripada RM7.9 bilion dalam 2014.
Sementara itu, MHI menyaksikan pertumbuhan negatif sebanyak 4.0 peratus dalam 2015 dengan premium bertulis kasar sebanyak RM966 juta.
Ini susulan rasionalisasi produk oleh sebuah ahli syarikat yang membuat pengkelasan semula ke atas portfolio MHI dari dana insurans am kepada dana insurans hayat.
Beliau berkata jika tidak termasuk pengelasan semula ini, MHI sebenarnya berkembang 15 peratus pada 2015.
Di bawah senario ini, pertumbuhan industri secara keseluruhan akan menjadi lebih tinggi pada 3.2 peratus.
Cabaran Industri Kenderaan
Sementara itu, Pengerusi PIAM, Chua Seck Guan berkata segmen insurans kenderaan dijangka terus mencabar tahun ini.
Ini susulan peningkatan harga insurans kenderaan pasca perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Tambahnya kos GST yang tidak boleh di tuntut semula syarikat insurans akan memberikan tekanan kepada syarikat insurans.
"Tahun ini ia akan lebih mencabar dari segi GST yang perlu syarikat insurans bayar bagi tuntutan kenderaan, 6 peratus yang dikenali sebagai kredit cukai input.
"Selalunya, syarikat insurans dapat menuntut semula melalui cukai output. Tetapi Jabatan Kastam Diraja Malaysia kastam tidak membenarkan syarikat insurans menuntut cukai 6 peratus dalam insurans yang sudah dituntut (oleh pelanggan).
"Ia keputusan sukar dan bercanggah dengan kebiasaan. Ia akan mempunyai impak dalam kos tuntutan insurans kenderaan," kata Chua.
Tambah beliau susulan cukai 6 peratus yang tidak boleh dituntut, syarikat insurans terpaksa menanggung kos tambahan minimum RM150 juta.
Selain itu, kelemahan matawang turut meningkatkan kos syarikat insurans.
Ini kerana kos alat ganti kenderaan semakin mahal akibat tukaran asing yang tinggi sekaligus menyaksikan tuntutan insurans lebih tinggi.
Pritha Manivannan
Thu Mar 03 2016

Dari Kiri: Penyelaras VTREC, Yusof Idris, Timbalan Pengerusi PIAM, Antony Lee, Pengerusi PIAM, Chua Seck Guan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Lim - Foto Astro AWANI/Pritha Manivannan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PIAM sasarkan pertumbuhan 2.5% - 3.5% premium kasar insurans am 2016
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menjangkakan pertumbuhan dalam premium kasar bagi sektor insurans am antara 2.5 hingga 3.5 peratus tahun ini.