Petronas akan melabur kira-kira US$27 bilion (RM89.3 bilion) untuk membangunkan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor, dengan bermulanya upacara pecah tanah untuk Loji Penjanaan Bersama Pengerang (PCP) miliknya di sini hari ini.
Naib Presiden Petronas, Infrastruktur dan Utiliti Ir. Pramod Kumar Karunakan berkata PCP diharap membekalkan tenaga kepada seluruh PIC, menghasilkan tenaga elektrik berjumlah 1,220 megawatt serta menyediakan tenaga wap yang berterusan sebanyak 1,480 ton sejam untuk loji dalam kompleks itu.
Kata Pramod, PCP itu yang akan dibina oleh sebuah konsortium yang terdiri daripada Siemens AG, Siemens Malaysia dan MMC Engineering Sdn Bhd, akan mempunyai empat unit penjanaan dengan unit pertama dijangka beroperasi secara komersial pada pertengahan 2017.
"Sebagai antara kemudahan sokongan kritikal yang dibangunkan dalam PIC, PCP akan memainkan peranan yang penting bagi membekalkan tenaga wap yang boleh dipercayai dan tenaga untuk memenuhi keperluan loji di PIC serta Grid Tenaga Semenanjung," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Komunikasi Strategik Kumpulan Perhubungan Media Petronas.
Turut hadir semasa pelancaran itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Ir. Hasni Mohammad, Ketua Pegawai Operasi Petronas, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Gas dan Tenaga Siemens Dr Roland Fischer.
Kenyataan itu menyebut Petronas PIC akan mengandungi Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) dan kemudahan sampingan yang lain seperti Terminal Regasifikasi LNG Pengerang, Unit Pemisahan Udara, Projek Pembekalan Bekalan Air Mentah (Pamer) Tangki Produk dan Minyak Mentah serta kemudahan perkongsian dan pemusatan utiliti.
PIC yang dibangunkan dalam kawasan berkeluasan 2525.643 hektar, bersedia untuk mengoperasikan kilang penapisannya menjelang 2019 dan membangunkan enjin pertumbuhan yang baharu untuk Malaysia.
Ia juga dijangka mengukuhkan kedudukan Petronas sebagai peneraju utama dalam pasaran kimia Asia, dengan fokus ke atas bahan kimia yang lebih khusus dan berbeza.
Bernama
Mon Nov 03 2014

Petronas akan melabur kira-kira RM89.3 bilion untuk membangunkan Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.

Anggaran peruntukan penubuhan Majlis Media Malaysia diperinci masa terdekat - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memperincikan anggaran peruntukan bagi penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) menerusi satu memorandum Jemaah Menteri dalam masa terdekat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Pindaan Akta Perubatan tingkat tadbir urus latihan, pendaftaran pakar - KP Kesihatan
Pindaan ini juga mencerminkan kepercayaan kerajaan terhadap MMC sebagai badan kawal selia, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

'Parallel pathway': MQA tidak terbabit secara langsung
MQA tidak terbabit secara langsung dalam kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran melalui program latihan ijazah kepakaran atau 'parallel pathway'.

Isu 'parallel pathway' mungkin perlu pindaan undang-undang - Fahmi
Jemaah Menteri dimaklumkan beberapa pindaan mungkin dilakukan terhadap undang-undang sedia ada bagi menyelesaikan isu Program Latihan Ijazah Kepakaran atau Parallel Pathway.

RUU penubuhan Majlis Media Malaysia kini di peringkat akhir - Fahmi
Penubuhan majlis media itu mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan proses dengan Jabatan Peguam Negara, dan perlu dipertimbang serta diputuskan oleh Jemaah Menteri.

MMC, AAR jalin kerjasama tingkat kualiti perkhidmatan pelancongan kesihatan
Kerjasama itu juga akan mengukuhkan lagi matlamat pusat itu dalam memberi perkhidmatan terbaik, khususnya kepada pesakit luar negara.

Lantikan pegawai perubatan: SPA perjelas isu status calon tidak lepas tapisan
SPA memaklumkan, sebanyak 3,281 permohonan didapati tidak melepasi tapisan kerana tiada maklumat pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Northport, Sea Hawk meterai perjanjian kerjasama strategik
Perniagaan pukal cecair menyumbang 2,939,149 FWT atau 30.4 % daripada jumlah keseluruhan kendalian.

KKMM pacu kecendekiaan dalam masyarakat- Saifuddin
Saifuddin komited untuk meneruskan misi kementerian yang sedia ada susulan lantikannya.