Petronas mengesahkan akan meneruskan rancangan projek paip gas asli cecair (LNG) Pacific NorthWest di British Columbia, Kanada yang kini menanti kelulusan Pihak Berkuasa Alam Sekitar Kanada.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata pihaknya sedang menanti kelulusan terakhir dari Agensi Penilaian Alam Sekitar Kanada.

Bagaimanapun cabaran buat Petronas kini semakin memuncak apabila kumpulan menentang mula mengesa kerajaan baru pimpinan Justin Trudeau menolak projek tersebut.

"Saya rasa projek tidak boleh dibiarkan tergantung selamanya, kami mengkaji portfolio kami dan sebab itu kami berharap kelulusan diperoleh tidak lama lagi bagi membolehkan kami memulakan projek tersebtu dengan jadual penyiapan 2021," katanya kepada pemberita ketika membentangkan prestasi kewangan suku ketiga kumpulan di sini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas Datuk Wee Yiaw Hin berkata kelulusan adalah berkaitan pembinaan kilang kimia yang merupakan sebahagian daripada projek tersebut.


"Saya rasa projek tidak boleh dibiarkan tergantung selamanya, kami mengkaji portfolio kami dan sebab itu kami berharap kelulusan diperoleh tidak lama lagi bagi membolehkan kami memulakan projek tersebtu dengan jadual penyiapan 2021."



Tambah beliau penting untuk projek itu mendapat kelulusan dalam beberapa bulan bagi memastikan hasrat memulakan projek pada 2020 tercapai.

Sementara itu Wan Zulkiflee berkata Petronas sedar protes kumpulan orang asli Kanada terhadap projek tersebut namun menegaskan projek tersebur bakal memberikan faedah bersama.

"Ini baik untuk Kanada, dan LNG masih merupakan bahan bakar fosil mesra alam yang wujud."

Projek LNG Pacific Northwest berdepan protes terutama kumpulan orang asli Kanada dan mendakwa projek tersebut akan memberikan kesan negatif kepada kawasan tersebut.

Kawasan di sekitar kepulauan Lelu menjadi habitat ikan Salmon dan menjadi sumber makanan dan pendapatan penting penduduk sekitar.