Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dinobatkan sebagai pemenang anugerah Majikan Paling Menarik di Malaysia bagi 2018 oleh Randstad Employer Brand Research, sebuah agensi pengambilan pekerjaan utama global.
Syarikat minyak dan gas nasional itu melonjak satu anak tangga untuk meraih anugerah tersebut selepas berada di tempat kedua bagi dua tahun berturut-turut sebelum ini.
Berdasarkan kepada keputusan daripada Randstad Employer Brand Research, tiga majikan paling menarik utama kekal tidak berubah daripada tahun lepas, dengan Shell Malaysia dan Nestle (Malaysia) Bhd masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.
Pengarah Negara Randstad Malaysia, Ryan Carroll berkata dalam tempoh tiga tahun agensi itu menjalankan kajian tersebut, lebih banyak syarikat telah mula menilai dan mereka bentuk semula jenama majikan mereka bagi menikmati manfaat yang dibawanya kepada usaha menarik dan mengekalkan pekerja mereka.
"Ini terutamanya benar bagi Malaysia di mana syarikat-syarikat sentiasa bersaing untuk mendapatkan pekerja, mengekal pekerja terbaik daripada kumpulan pekerja yang sangat terhad," katanya dalam satu kenyataan.
Anugerah tersebut dikurniakan kepada tiga syarikat utama yang menerima skor daya penarik tertinggi dalam kajian majikan mana yang pencari pekerjaan di Malaysia mahu bekerja.
Pemenang bagi kategori ini dipilih daripada 75 majikan terbesar di Malaysia berdasarkan kepada saiz tenaga kerja tempatan.
Randstad menjalankan kaji selidik faktor-faktor yang menarik pekerja berpotensi kepada sesebuah organisasi. Ia menganalisis daya penarik 5,755 syarikat di 30 negara, dan menjalankan kaji selidik ke atas lebih daripada 175,000 responden.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 19 2018
![Petronas dinobat majikan paling menarik di Malaysia 2018 Petronas dinobat majikan paling menarik di Malaysia 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51505562584_Petronas.jpg)
Pemenang bagi kategori ini dipilih daripada 75 majikan terbesar di Malaysia berdasarkan kepada saiz tenaga kerja tempatan.
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban
Perancis dan Jerman menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan susulan 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap sekolah di kem Nuseirat, pada Ahad lepas.
![AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-15 AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719295090_airasia.jpg)
AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-15
AirAsia terus melakarkan kecemerlangan apabila memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024 untuk kali ke-15.
![Adibah Amin diumum Tokoh Wartawan Negara 2023 Adibah Amin diumum Tokoh Wartawan Negara 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717799571_TBAdibahAmin.jpg)
Adibah Amin diumum Tokoh Wartawan Negara 2023
Adibah Amin merupakan wartawan wanita pertama diberikan pengiktirafan tertinggi dalam bidang kewartawanan tempatan.
![Presiden IOC, CMG anugerahkan plak kepada tim media Sukan Olimpik 2024 Presiden IOC, CMG anugerahkan plak kepada tim media Sukan Olimpik 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716249704_ChinaMediaGroup.jpg)
Presiden IOC, CMG anugerahkan plak kepada tim media Sukan Olimpik 2024
CMG sebagai agensi penyiar utama bagi Sukan Olimpik Paris 2024, berikrar melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang sejajar dengan mandat.
![Datuk Lat terima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize Datuk Lat terima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703509986_DatukLat.jpg)
Datuk Lat terima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize
Datuk Lat bangga dengan pengiktirafan jawatankuasa anugerah itu yang melibatkan beberapa pengkarya terkenal daripada pelbagai cabang kesenian.
![UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701953652_UniversitiTeknologi.jpg)
UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.
![Tiga graduan cemerlang terima Anugerah Pingat Tunku Tiga graduan cemerlang terima Anugerah Pingat Tunku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699586588_AnugerahPingatTunk.jpg)
Tiga graduan cemerlang terima Anugerah Pingat Tunku
Mereka berjaya memberi impak positif daripada sudut kesukarelawanan, perancangan ekonomi, teknologi dan pembelaan hak serta suara siswa.
![Pelajar SMAP Labu menang pertandingan penulisan esei Komanwel Pelajar SMAP Labu menang pertandingan penulisan esei Komanwel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697796080_AuniBatrisyia.jpg)
Pelajar SMAP Labu menang pertandingan penulisan esei Komanwel
Auni Batrisyia Mohd Azmani dianugerahkan Golden Awards bagi penulisan esei bertajuk 'The Valorous Age.'
![Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME) Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697790196_Irmohizam.jpg)
Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, telah dianugerahkan dengan satu anugerah berprestij iaitu CEO Champion (SME) sempena Life at WorkAwards (LAWA) 2023.
![Jasa 2 juruterbang pesawat terhempas di Elmina diiktiraf Pengakap Malaysia Jasa 2 juruterbang pesawat terhempas di Elmina diiktiraf Pengakap Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694249815_nahaspesawat.jpg)
Jasa 2 juruterbang pesawat terhempas di Elmina diiktiraf Pengakap Malaysia
Dua juruterbang yang terkorban nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lepas, mendapat Pingat Anugerah Presiden oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.
![Nicol David, Sheikh Muszaphar terima Anugerah The Knights 2023 Nicol David, Sheikh Muszaphar terima Anugerah The Knights 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687501637_TBANIGERAHKNIGHTSjp.jpg)
Nicol David, Sheikh Muszaphar terima Anugerah The Knights 2023
Anugerah The Knights 2023 bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan usahawan.