KUALA LUMPUR: Fitch Solutions Country Risk and Industry Research (Fitch Solutions) mengekalkan unjurannya untuk pertumbuhan kredit di Malaysia berkurangan sedikit kepada 4.3 peratus pada tahun ini daripada 4.5 peratus pada 2022, berikutan prospek ekonomi yang lemah dan kos pinjaman yang tinggi.
Fitch Solutions berpandangan bahawa "bank-bank di Malaysia secara agregat dijangka kekal pada kedudukan yang stabil walaupun terdapat potensi limpahan negatif daripada tekanan perbankan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah berikutan kecairan dan penampan modal yang kukuh serta persekitaran monetari yang kurang sekatan."
"Kualiti aset juga kekal agak stabil walaupun langkah-langkah sokongan telah ditamatkan secara berperingkat dan kemerosotan yang ketara tidak akan dijangka dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya dalam nota penyelidikan.
Katanya risiko penurunan terhadap kestabilan kewangan negara kekal sederhana dengan bank kekal berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong pengantaraan kewangan walaupun terdapat potensi limpahan negatif daripada tekanan perbankan di AS dan Eropah.
"Yang penting, bank-bank mempunyai penampan modal dan mudah tunai yang kukuh manakala kualiti aset kekal agak stabil walaupun langkah-langkah bantuan pandemik telah tamat.
"Kitaran kenaikan kadar di Malaysia juga lebih secara berperingkat dan sederhana berbanding negara-negara lain berikutan inflasi yang lebih rendah dan kadar faedah dijangka mencapai paras tinggi tidak lama lagi," katanya.
Fitch Solutions berkata bank-bank di Malaysia juga mempunyai permodalan yang baik dengan nisbah modal sistem perbankan agregat pada 18.5 peratus pada Februari 2023 berbanding purata pada 18.3 peratus pada 2022.
"Ini jauh lebih tinggi daripada minimum kawal selia sebanyak 10.5 peratus (8.0 peratus jumlah nisbah modal dan 2.5 peratus penampan pemuliharaan modal), membawa kepada lebihan penampan modal sebanyak RM135 bilion.
"Nisbah Modal Ekuiti Biasa Peringkat 1 (CET1) dan Nisbah Modal Peringkat 1, masing-masing pada 14.8 peratus dan 15.3 peratus pada Februari berbanding keperluan Basel III sebanyak 4.5 peratus dan 6.0 peratus," katanya.
Fitch Solutions berkata liputan mudah tunai sistem perbankan dan nisbah pinjaman kepada deposit yang kukuh akan terus menyokong kestabilan kewangan di negara ini.
Data terkini menunjukkan nisbah liputan mudah tunai meningkat kepada 152.7 peratus pada November 2022 daripada 147.1 peratus pada Januari 2022, lebih tinggi daripada keperluan minimum sebanyak 100 peratus, menunjukkan margin keselamatan yang tinggi, katanya.
"Nisbah pinjaman kepada deposit agak stabil, kekal dalam julat 85-90 peratus sejak 2014, dengan angka terkini sebanyak 86.4 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
![Pertumbuhan kredit Malaysia dijangka susut sedikit tetapi bank kekal stabil - Fitch Solutions Pertumbuhan kredit Malaysia dijangka susut sedikit tetapi bank kekal stabil - Fitch Solutions](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681723219_FitchSolutions.jpg)
Fitch Solutions berkata liputan mudah tunai sistem perbankan dan nisbah pinjaman kepada deposit yang kukuh akan terus menyokong kestabilan kewangan di negara ini. - Gambar Twitter Fitch Solutions
![YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720236691_tbYouTube.jpg)
YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog
Oleh itu ciri Erase Song diperkenalkan dengan bahagian yang mengandungi muzik yang melanggar hak cipta boleh dibisukan.
![Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719657438_MasoudPezeshkian.jpg)
Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran
Bekas Menteri Kesihatan Masoud Pezeshkian memenangi pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran.
![Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720242077_tbJohanJojoGhaza.jpg)
Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh
Johan Jojo Ghazali berkata dia bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
![PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720239804_tbChowKonYeow.jpg)
PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berharap peratusan keluar mengundi bagi PRK Sungai Bakap hari ini melebihi 65 peratus.
![Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720195269_TBwatson.jpg)
Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara
Bersempena dengan ulang tahun ke-30, peneraju peruncit produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, Watsons Malaysia, menjalin kerjasama baharu dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.
![Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719657438_MasoudPezeshkian.jpg)
Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran
Masoud Pezeshkian mendahului pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran selepas 70 peratus undi selesai dikira setakat ini.
[TERKINI] LKAN: UIAM nafi tidak mampu bayar hutang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan pihaknya berada dalam keadaan tidak berupaya membayar balik hutang, seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang, di Dewan Rakyat Khamis lalu.
UIAM dalam kenyataan hari ini menegaskan, pengurusan universiti itu tidak pernah mengambil sebarang pinjaman berbentuk hutang sehingga hari ini.
UIAM dalam kenyataan hari ini menegaskan, pengurusan universiti itu tidak pernah mengambil sebarang pinjaman berbentuk hutang sehingga hari ini.
![Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin
Bagi GPI, Malaysia berada di kedudukan ketiga di peringkat Asia Pasifik, iaitu di belakang New Zealand dan Singapura.
Lahir 'darah pahlawan', Jojo juga amal disiplin ketat
Tiada apa yang mustahil, jika bekalan displin, minat, dan konsistensi diterapkan dalam sukan yang diceburi.
Petarung sensasi muda Malaysia, Johan “Jojo” Ghazali berkata beliau juga bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
Petarung sensasi muda Malaysia, Johan “Jojo” Ghazali berkata beliau juga bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
Johan 'Jojo' Ghazali mahu buka gelanggang di Sarawak?
Meskipun baru menginjak usia 18 tahun, sensasi muay thai negara Johan 'Jojo' Ghazal' tidak menolak kemungkinan untuk membawa sukan muay thai ke suatu tempat yang lebih tinggi.
Beliau berimpian besar untuk mewujudkan arena gelanggang muay thai di tempat beliau membesar sendiri iaitu di Sarawak, seperti juga Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.
Beliau berimpian besar untuk mewujudkan arena gelanggang muay thai di tempat beliau membesar sendiri iaitu di Sarawak, seperti juga Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.
![Perbelanjaan kesihatan Malaysia 2023-2028 diunjur meningkat pada CAGR 8.3 peratus - BMI Perbelanjaan kesihatan Malaysia 2023-2028 diunjur meningkat pada CAGR 8.3 peratus - BMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718726714_TBHOSPITALROOM.jpg)
Perbelanjaan kesihatan Malaysia 2023-2028 diunjur meningkat pada CAGR 8.3 peratus - BMI
Unjuran positif itu disokong oleh peningkatan dua angka dalam belanjawan penjagaan kesihatan kerajaan pada 2023 dan 2024.
![Ringgit mengukuh separuh kedua 2024, cecah RM4.40 berbanding dolar AS pada akhir 2025 - BMI Ringgit mengukuh separuh kedua 2024, cecah RM4.40 berbanding dolar AS pada akhir 2025 - BMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712556141_Duitjutakela.jpg)
Ringgit mengukuh separuh kedua 2024, cecah RM4.40 berbanding dolar AS pada akhir 2025 - BMI
BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan ringgit terus mengukuh pada separuh kedua 2024 dan awal 2025, mencecah RM4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025.
![BMI kekal unjuran defisit belanjawan Malaysia pada 4.9 peratus BMI kekal unjuran defisit belanjawan Malaysia pada 4.9 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638342618_kualalumpur.jpg)
BMI kekal unjuran defisit belanjawan Malaysia pada 4.9 peratus
BMI mengekalkan unjuran defisit belanjawan kerajaan Malaysia 2023 pada 4.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
![BMI semak naik jualan kenderaan di Malaysia untuk 2023 BMI semak naik jualan kenderaan di Malaysia untuk 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/71443169755_950x600.jpg)
BMI semak naik jualan kenderaan di Malaysia untuk 2023
BMI telah menyemak naik unjuran jumlah jualan kenderaan di Malaysia bagi tahun 2023, ia meningkat sebanyak 3.8 peratus.
![Unit Fitch Solutions menaikkan unjuran KDNK 2023 Malaysia kepada 4.2 peratus Unit Fitch Solutions menaikkan unjuran KDNK 2023 Malaysia kepada 4.2 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684211306_KualaLumpur.jpg)
Unit Fitch Solutions menaikkan unjuran KDNK 2023 Malaysia kepada 4.2 peratus
Firma penyelidikan itu berkata prestasi S1 Malaysia jauh melebihi konsensus dan jangkaan sendiri iaitu pada 4.8 peratus.
![Pertumbuhan kredit Malaysia dijangka susut sedikit tetapi bank kekal stabil - Fitch Solutions Pertumbuhan kredit Malaysia dijangka susut sedikit tetapi bank kekal stabil - Fitch Solutions](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681723219_FitchSolutions.jpg)
Pertumbuhan kredit Malaysia dijangka susut sedikit tetapi bank kekal stabil - Fitch Solutions
Bank-bank di Malaysia secara agregat dijangka kekal pada kedudukan yang stabil.
![Belanjawan 2023 beri petunjuk penyatuan fiskal akan berlaku lebih pantas - Fitch Solutions Belanjawan 2023 beri petunjuk penyatuan fiskal akan berlaku lebih pantas - Fitch Solutions](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678120375_BukitBintang.jpg)
Belanjawan 2023 beri petunjuk penyatuan fiskal akan berlaku lebih pantas - Fitch Solutions
Fitch semak turun unjuran defisit Belanjawan 2023 berikutan jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan tahun ini dijangka berkurang 2.3%.