KUALA LUMPUR: BMI mengekalkan unjuran defisit belanjawan kerajaan Malaysia 2023 pada 4.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) berbanding 5.6 peratus pada 2022.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini, cabang Fitch Solutions itu berkata unjuran itu tinggi sedikit berbanding unjuran kerajaan, iaitu pada 5.0 peratus.
"Sehingga separuh pertama 2023, hasil dan perbelanjaan kerajaan persekutuan hampir seiring dengan unjuran yang ditetapkan pada awal tahun, dan trajektori ini, kami percaya bahawa kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasarannya.
"Melihat ke hadapan, kami menjangkakan defisit belanjawan akan menguncup kepada 4.3 peratus daripada KDNK pada 2024," katanya.
Sementara itu, BMI juga meramalkan pertumbuhan hasil menjadi perlahan sedikit kepada 15.3 peratus daripada KDNK pada 2023 daripada 16.5 peratus daripada KDNK pada 2022 disebabkan oleh pengurangan cukai pendapatan yang perlu dibayar untuk pendapatan tertentu.
"Sehingga separuh pertama 2023, kutipan hasil kerajaan persekutuan berada pada 51.1 peratus daripada sasaran bagi 2023 dan berada di atas purata lima tahun sebanyak 47.8 peratus.
"Kutipan hasil bagi separuh pertama 2023 berada pada RM148.4 bilion, naik 16.8 peratus tahun ke tahun dan terutamanya disebabkan oleh peningkatan kutipan hasil cukai," katanya.
Ia berkata jumlah hasil cukai daripada cukai langsung dan tidak langsung meningkat 17.4 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2023 kepada RM54.7 bilion.
"Daripada jumlah ini, kenaikan cukai langsung yang dikutip disebabkan oleh cukai pendapatan yang lebih tinggi mengatasi penurunan levi keuntungan durian runtuh ke atas minyak sawit mentah, yang membawa kepada cukai tidak langsung yang lebih rendah," katanya.
Di samping itu, BMI menjangkakan jumlah hutang kerajaan mencecah 60.8 peratus daripada KDNK pada 2023, menandakan peningkatan kecil daripada 59.6 peratus daripada KDNK pada 2022, angka tersebut berada di bawah had hutang berkanun yang disemak semula pada 65.0 peratus.
"Selain itu, sehingga Jun 2023, jumlah hutang kerajaan persekutuan sebanyak RM1,145.0 bilion (60.6 peratus daripada KDNK) adalah sejajar dengan ramalan kami.
"Daripada ini, 97.3 peratus daripada jumlah hutang kerajaan adalah sekuriti dalam denominasi ringgit, yang mengehadkan pendedahan kepada risiko pertukaran asing," katanya.
Ia menyatakan bahawa kerajaan juga telah membentangkan rancangan untuk menurunkan paras defisit fiskal dalam jangka sederhana.
Menurut Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana 2023-2025, kerajaan merancang untuk mengurangkan defisit fiskalnya secara beransur-ansur kepada 3.2 peratus menjelang akhir 2025, yang akan menjadikan purata 4.1 peratus daripada KDNK untuk 2023-2025.
"Kami menjangkakan jumlah hutang kerajaan akan meningkat pada tahun-tahun akan datang kerana negara terus mengalami defisit belanjawan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023
BMI juga meramalkan pertumbuhan hasil menjadi perlahan sedikit kepada 15.3 peratus daripada KDNK pada 2023 daripada 16.5 peratus daripada KDNK pada 2022.- Gambar fail/Unsplash
PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis
Proses pengundian PRK Sungai Bakap pagi ini berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
PRK Sg Bakap : Calon PN Abang Abidin selesai buang Undi
Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Abidin Ismail selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pada jam 8.20 pagi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Bakap hari ini..
PRK Sg Bakap: 16.74 peratus sudah mengundi setakat 10 pagi
Sebanyak 16.74 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dr Joohari yakin menang di kawasan “hitam”
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin yakin kedudukannya sebagai anak tempatan memberi kelebihan buatnya meraih sokongan pengundi pada pilihanraya kecil (PRK) kali ini.
Pengundi mula beratur seawal jam 8 pagi
Cuaca yang baik pada sebelah pagi membolehkan pengundi keluar seawal mungkin bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.
Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak
Jojo ingin mewujudkan arena gelanggang Muay Thai di tempat dia membesar sendiri iaitu di Sarawak.
[TERKINI] Calon PH punyai kelebihan ekoran gelombang hijau mereda
Perwatakan, dan pembawaaan kedua-dua calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Sungai Bakap mempunyai kekuatan tersendiri.
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Buru Jho Low: Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Keutamaan kerajaan ketika ini adalah memperoleh semula aset yang dikaitkan dengan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan pemeteraian perjanjian sulit Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS
Pegawai polis mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.
BMI kekal unjuran defisit belanjawan Malaysia pada 4.9 peratus
BMI mengekalkan unjuran defisit belanjawan kerajaan Malaysia 2023 pada 4.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).