KUALA LUMPUR: Standard Chartered Bank mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia turun kepada 4.0 peratus bagi 2023 susulan jangkaan 8.8 peratus bagi setahun penuh 2022.
Ketua Ahli Ekonomi bagi ASEAN dan Asia Selatan, Edward Lee berkata unjuran kelembapan pertumbuhan itu sebahagiannya disebabkan oleh asas yang tidak menggalakkan dan normalisasi permintaan terpendam selepas COVID-19.
"Permintaan luar berkemungkinan lemah, menjejaskan sektor berkaitan perdagangan. Selain itu, kemuncak kitaran elektronik global akan membebankan sektor elektronik, pada pandangan kami," katanya semasa taklimat media mengenai Unjuran Global dan Malaysia bagi 2023 di sini, pada Khamis.
Beliau berkata di peringkat domestik, kadar faedah yang lebih tinggi mungkin menjejaskan sentimen pelaburan swasta, terutama memandangkan prospek global yang suram, manakala kos pembayaran hutang isi rumah yang lebih tinggi dijangka memberi kesan ke atas perbelanjaan wajar.
"Pemulihan pelancongan seharusnya menjadi pendorong pertumbuhan Malaysia. Pelancongan ke dalam negara menyumbang kira-kira 8.0 peratus kepada KDNK sebelum COVID-19. Ketibaan pelancong hanya mencapai 50 peratus pada akhir Julai berbanding tahap sebelum COVID-19.
"Peningkatan semula sektor pelancongan seharusnya melonjakkan pemulihan dalam sektor berkaitannya seperti makanan dan minuman serta perkhidmatan penginapan, yang masih kekal di bawah tahap pra-COVID-19," katanya.
Sementara itu, Lee berkata sektor pembuatan mungkin mengalami aktiviti yang lebih perlahan dalam segmen berorientasikan luaran seperti elektronik namun sektor berorientasikan dalam negara seperti segmen berkaitan pengguna dan pembinaan dijangka menyaksikan permintaan yang baik.
Pembinaan kekal menjadi antara sektor yang paling lambat pulih daripada COVID-19, namun kembalinya bekalan tenaga kerja asing dijangka menyokong pertumbuhannya pada 2023, katanya.
"Kami menjangkakan penggunaan isi rumah kekal positif susulan pasaran buruh yang stabil. Kebimbangan meluas mengenai pertumbuhan mungkin menjejaskan sentimen pelabur, namun pelaksanaan projek baharu yang besar seperti Transit Aliran Massa (MRT) 3 dan 'Sarawak-Sabah Link Road' dijangka menyokong pelaburan awam.
"Pelaburan langsung asing (FDI) yang memberangsangkan sejak beberapa tempoh suku lepas juga sewajarnya menyokong aktiviti pelaburan," katanya.
Beliau berkata pihaknya mengunjurkan inflasi keseluruhan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencecah 3.1 peratus pada 2023, menjadi sederhana berbanding 3.4 peratus pada 2022, berikutan kesan asas negatif selain harga makanan dan tenaga yang lebih rendah pada 2023.
Lee berkata unjuran inflasi 2023 oleh pihaknya mengandaikan bahawa subsidi bahan api akan diselaraskan mengikut penilaian dan secara bersasar pada separuh kedua (2H) 2023.
"Kami menjangkakan apabila harga Brent berada pada AS$100 setong dan jika hanya 20 peratus daripada pengguna bahan api RON95 yang disasarkan, IHP keseluruhan akan meningkat hanya 0.9 peratus berdasarkan asas tahunan, atau separuh daripada jumlah itu jika harga baharu dikenakan pada separuh kedua 2023," katanya.
Mengenai kadar dasar semalaman (OPR), beliau berkata Standard Chartered mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan semula kadar itu dengan sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 3.00 peratus pada Januari , sebelum berhenti seketika pada Mac.
"Selepas itu, kami menjangkakan kenaikan 25 mata asas lagi pada Mei, dengan mengandaikan kerajaan mengumumkan beberapa bentuk pelarasan subsidi pada separuh kedua 2023. Risiko kepada jangkaan kami adalah kenaikan terakhir yang lebih awal iaitu Mac kepada 3.25 peratus.
"Kadar terminal pada 3.50 peratus kemungkinan memerlukan pertumbuhan kekal teguh, tekanan upah lebih tinggi dan rasionalisasi subsidi menjadi lebih agresif daripada yang kami jangkakan pada masa ini. Kami berpendapat kenaikan kadar sebanyak 50bps adalah kebarangkalian yang sangat rendah," katanya.
Kadar terminal adalah paras kemuncak kadar faedah, yang menjadi penanda aras, akan terhenti sebelum BNM mula menurunkannya semula.
Mengenai keseimbangan, beliau berkata pihaknya menjangkakan ada ruang untuk BNM sekurang-kurangnya mengurangkan pemotongan kadar akibat COVID (kadar dasar sebelum COVID-19 adalah 3.0 peratus), sebelum berhenti seketika pada Mac untuk memberi masa bagi pengetatan lebih awal berkuat kuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023

Unjuran kelembapan pertumbuhan itu sebahagiannya disebabkan oleh asas yang tidak menggalakkan dan normalisasi permintaan terpendam selepas COVID-19. - Fail/BERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

KDNK Malaysia bagi 2024 diunjur cecah 5.1 peratus, kekal positif - HLIB
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada paras 5.1 peratus bagi tahun ke tahun pada 2024, kata Hong Leong Investment Bank.

Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.

Pakar ekonomi: KDNK Malaysia 2024 dijangka melangkaui anggaran 5.4 peratus
UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Malaysia menyerlah sebagai sinar harapan dalam kestabilan dan kemajuan di sebalik ketidaktentuan global
Keupayaan Malaysia untuk menghadapi keadaan mencabar adalah disebabkan asas ekonominya yang kukuh.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8.03 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4680/4780 berbanding dolar AS daripada 4.4715/4780 pada Jumaat lepas.

KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Gabenor BNM
Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dan peningkatan eksport berterusan.

KDNK suku kedua dijangka lebih baik, hasil positif ekonomi MADANI - Ahli ekonomi
Prestasi paling penting ialah peningkatan perbelanjaan isi rumah, disebabkan oleh keyakinan isi rumah yang semakin baik.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka cecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024 - Bank Islam
Bank Islam menjangkakan pertumbuhan KDNK Malaysia akan mencecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024.

MIDF Research: KDNK Malaysia diunjur berkembang 4.7 peratus pada 2024
MIDF Research mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia mengukuh kepada 4.7 peratus tahun ini, dengan mengambil kira pemulihan perdagangan luar.