KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua 2022 yang lebih positif, berdasarkan kenaikan angka Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) serta peningkatan jualan pembuatan pada Jun lepas.
Dalam nota tinjauannya hari ini, Ambank Research menjangkakan ekonomi negara ini berkembang 8.4 peratus tahun ke tahun dengan angka sebenar KDNK suku kedua itu akan diumumkan pada Jumaat ini.
"Secara menyeluruh, kami mengekalkan pandangan bahawa pertumbuhan KDNK 2022 adalah 5.6 peratus dengan kenaikan 6.0 peratus manakala penurunan pada 4.8 peratus.
"Angka Indeks Pengurus Pembelian (PMI) juga meningkat kepada 50.6 pada Julai 2022 daripada 50.4 peratus pada Jun 2022. PMI itu turut menunjukkan bahawa pesanan baharu sudah meningkat biarpun dalam persekitaran tekanan harga dan kekangan kapasiti," katanya.
Sementara itu, Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata di peringkat global, PMI pembuatan susut kepada 51.1 pada Julai apabila pesanan eksport baharu terus merosot berikutan penguncupan dalam aliran dagangan antarabangsa.
"Namun, peralihan kepada status endemik COVID-19 akan kekal menjadi sokongan terhadap industri pembuatan yang berorientasikan domestik.
"Pertumbuhan IPP suku kedua 2022 dijangka menyumbang peningkatan KDNK bagi tempoh sama. Kami turut mengekalkan jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) lagi pada September," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Dalam pada itu, Kenanga Research berkata pertumbuhan indeks pembuatan sememangnya dijangkakan selepas pengembangan lebih kukuh pada Jun yang telah mengimbangi penguncupan yang dialami pada April dan Mei.
Malah, pertumbuhan pembuatan itu juga berkemungkinan kekal disokong oleh pengukuhan permintaan domestik serta pemulihan permintaan luaran dengan jangkaan PMI Malaysia yang lebih baik pada Julai.
"Bagaimanapun, risiko penurunan terhadap pertumbuhan global kekal ada dengan United Kingdom dan Kesatuan Eropah masih berdepan risiko kemelesetan manakala jangkaan keadaan itu di Amerika Syarikat pula semakin reda.
"Kami mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2022 Malaysia dalam lingkungan 5.0 hingga 5.5 peratus berdasarkan keyakinan berterusan terhadap permintaan domestik yang kukuh. Pada masa sama, kami kekal berhati-hati terhadap risiko luaran ke atas pertumbuhan dalam persekitaran gangguan rantaian bekalan selain kebimbangan mengenai kemelesetan global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
Ambank Research jangka ekonomi negara berkembang 8.4 peratus tahun ke tahun dengan angka sebenar KDNK suku kedua itu akan diumum pada Jumaat ini.
Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
IKIM akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Cederakan junior UPNM: Mahkamah tetap 4 Februari sebagai tarikh sebutan kes
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 4 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pegawai kadet ALK UPNM yang didakwa mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.
[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh (Oktober 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan Tenaga Buruh Oktober 2024.
NUBE lancar kempen hapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) melancarkan kempen tandatangan bertujuan menghapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1 di ATM antara bank yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Turkiye berhasrta bekalkan tenaga elektrik ke Syria
Turkiye berhasrat membekalkan tenaga elektrik ke Syria dan mengukuhkan infrastruktur kuasanya.
Kerajaan Jepun luluskan draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Daripada jumlah itu, lebih 10 peratus atau 8.7 trilion yen akan digunakan untuk perbelanjaan pertahanan.
Prestasi China dalam pembangunan berkualiti tinggi 2023
Jurucakap Jabatan Statistik Negara (NBS) memaklumkan berhubung dapatan yang tercatat dalam Tinjauan Ekonomi Kebangsaan kelima dalam satu sidang media anjuran Dewan Negara di sini pada Khamis.
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong akan membentangkan kenyataan Belanjawan Singapura 2025 di parlimen pada 18 Feb.
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.
Lima negeri mendominasi eksport negara pada November
Lima negeri terus mendominasi eksport Malaysia yang secara keseluruhannya menyumbang sebanyak 83.8 peratus pada November 2024.
KDNK Malaysia diunjur naik 4.9 peratus pada 2025 - Firma penyelidikan
Unjuran ini menandakan penyederhanaan daripada pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus dicatatkan pada sembilan bulan pertama 2024.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah ditutup bercampur-campur pada Selasa, berikutan sentimen pasaran terjejas oleh harga minyak mentah yang merosot.
Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Putin luluskan belanjawan persekutuan untuk 2025-2027
Presiden Rusia Vladimir Putin meluluskan belanjawan persekutuan bagi 2025 serta tempoh yang dirancang untuk 2026-2027.