Persepsi negatif terhadap keadaan ekonomi semasa negara tidak mencerminkan senario pasaran pekerjaan yang sebenar.
Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) Johan Mahmood Merican berkata asas ekonomi negara masih kukuh dengan Keluaran Dalam Negara Kasar antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus.
Katanya walaupun kadar pengangguran naik sedikit daripada 3.0 peratus kepada 3.2 peratus, kadar tersebut masih dianggap sebagai guna tenaga penuh.
"Keadaan ekonomi semasa kita masih terurus dan kerajaan memantau keadaan dengan teliti serta telah mengambil langkah-langkah awal.
"Ini termasuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan mendaftar lebih ramai graduan untuk Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Graduan (GEMS) daripada lebih 10,000 pada tahun ini kepada 15,000 pada 2016," katanya baru-baru ini.
Johan berkata walaupun terdapat penyederhanaan dalam sektor tertentu, terutamanya dalam industri minyak dan gas apabila pengambilan pekerja terjejas disebabkan harga komoditi rendah, keadaan itu telah diimbangi oleh pertumbuhan dalam sektor lain.
Selain itu, katanya melalui kerjasamanya dengan JobStreet.com, TalentCorp memperoleh gambaran yang lebih baik mengenai pasaran pekerjaan berikutan syarikat pekerjaan dalam talian itu dapat mengesan jumlah pekerjaan yang diwujudkan.
Sementara itu, Pengurus Negara JobStreet.com Chook Yuh Yng berkata walaupun terdapat persepsi negatif terhadap ekonomi, jumlah pekerjaan yang dipaparkan di laman webnya lebih kurang sama dengan tahun lepas.
"Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah pekerjaan yang dipaparkan di JobStreet.com adalah 1.5 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas. Bagaimanapun, jumlah tersebut susut satu peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding suku sama tahun lepas.
"Berdasarkan kajian prospek pasaran pekerjaan kami, untuk tiga suku yang lepas, kami menyaksikan sentimen agak negatif dari segi ramai majikan kurang mengambil pekerja dan orang ramai lebih berhati-hati.
"Bagaimanapun, senario pasaran pekerjaan tidak begitu susut dan kami terus memantau keadaan," katanya.
Yuh Yng berkata julat gaji untuk graduan baharu adalah hampir sama dengan tahun lepas iaitu antara RM2,100 dan RM2,300 sebulan.
JobStreet dan TalentCorp baru-baru ini menjalin kerjasama untuk membangunkan graduan yang bersedia untuk industri bagi Zon Pembabitan Industri TalentCorp (Ind-E-Zone) yang memastikan mereka lebih bersedia dalam proses mencari kerja.
Ind-E-Zone merupakan pusat maklumat kerjaya yang menghubungkan pelajar dengan kandungan berkaitan industri dan mendidik mereka mengenai peluang latihan dan kerjaya dalam industri utama Malaysia.
JobStreet akan bekerjasama dengan TalentCorp untuk meningkatkan aktiviti Ind-E-Zone termasuk program duta pelajar, latihan hari pasaran dan ceramah kerjaya universiti.
Menjelang akhir tahun ini, sebanyak 11 Ind-E-Zone akan diwujudkan di universiti awam di seluruh negara.
Bernama
Mon Oct 19 2015

Johan (tengah) berkata walaupun terdapat penyederhanaan dalam sektor tertentu, keadaan itu telah diimbangi oleh pertumbuhan dalam sektor lain. - Gambar Fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Persepsi negatif tidak cerminkan pasaran pekerjaan - TalentCorp
Walaupun kadar pengangguran naik sedikit daripada 3.0 peratus kepada 3.2 peratus, kadar tersebut masih dianggap sebagai guna tenaga penuh.