Walaupun penggunaan minyak kacang soya dan biji sesawi oleh China dilihat telah menyeret turun import minyak sawit dari Malaysia sejak beberapa bulan lepas, tetapi keadaan itu tidak akan bertahan lama kerana permintaan terhadap minyak masak itu dijangka pulih.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Dr Kalyana Sundram berkata, beliau yakin akan berlaku peningkatan dalam import minyak sawit oleh China, terutama dari wilayah tepi pantai dan dalaman, berikutan aktiviti promosi di negara tersebut.
"Sebahagian besar minyak sawit kini tidak sampai ke wilayah pantai dan dalaman walaupun mempunyai penduduk yang ramai berikutan masalah logistik," katanya kepada Bernama.
Kalyana berkata, bagi mengatasi masalah tersebut, MPOC merancang melaksanakan lebih banyak aktiviti promosi di China.
"Kami sedang merancang pelbagai kaedah promosi dalam usaha membawa minyak sawit ke wilayah dalaman," katanya.
Selain itu, kata Kalyana, MPOC bekerjasama dengan pengeluar kayu Cina tempatan, usahawan dan industri bukan makanan untuk melakukannya.
"Ia akan menjadi tugas sepanjang tahun. Mungkin ia akan mengambil beberapa tahun, tapi ini adalah antara beberapa aktiviti promosi yang perlu dijalankan dalam usaha meningkatkan penggunaan minyak sawit Malaysia di China.
"Kami akan gembira jika antara 5.5 juta dan enam juta tan metrik minyak sawit kita memasuki China.
Terdapat kemungkinan besar ia akan tercapai jika semua usaha promosi itu dilaksanakan," katanya.
Kalyana berkata, dengan peningkatan perdagangan dua hala dengan China dan projek yang akan dilaksana negara itu di Malaysia, akan wujud hasil sampingan di mana minyak sawit akan lebih diiktiraf oleh agensi kerajaan China yang membeli minyak dan lelemak.
"Mereka (agensi kerajaan China) mungkin lebih mudah beralih kepada penggunaan minyak sawit dalam produk mereka. Oleh itu ia adalah usaha jangka panjang dan kami perlu melakukannya secara berterusan," katanya.
Menurutnya, China menggunakan kacang soya untuk makanan haiwan dan ini adalah antara sebab peningkatan besar dalam penggunaan kacang soya.
Stok penimbal minyak biji sesawi telah dikeluarkan secara beransur-ansur, daripada beberapa juta tan metrik kepada kurang daripada 750,00 tan metrik sekarang ini, katanya.
"Ketika China memanfaatkan bekalan kacang soya global yang cukup untuk memberi makan sektor ternakannya yang berkembang pesat dan jualan negara simpanan minyak biji sesawi, tindakan itu menjejaskan keseluruhan import minyak sawit oleh negara berkenaan," katanya.
Menurutnya, import minyak sawit China menjunam 24 peratus kepada 4.48 juta tan metrik pada 2016, terendah sejak 2005, ketika penanda aras pasaran hadapan naik 25 peratus selepas El Nino menjejaskan bekalan di Indonesia dan Malaysia.
"Penyusutan yuan dan jualan minyak biji sesawi oleh China juga mengurangkan daya tarikan minyak sawit kepada pembeli tempatan," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2017

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Dr Kalyana Sundram berkata, beliau yakin akan berlaku peningkatan dalam import minyak sawit oleh China.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Permintaan terhadap minyak sawit Malaysia dijangka pulih, kata MPOC
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Dr Kalyana Sundram berkata, beliau yakin akan berlaku peningkatan dalam import minyak sawit oleh China.