Penduduk Kelantan bakal menikmati perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi seawal-awalnya Ogos ini, kata Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Kelantan Ab Rashid Che Othman.
Ab Rashid berkata buat permulaan, pihaknya akan memperkenalkan perkhidmatan itu di daerah Kota Baharu meliputi kawasan bandar, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.
"Kita menjangkakan dalam sehingga Mac tahun depan, 5,000 pelanggan akan mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan itu selepas TM memasang tiga ibu sawat di Kota Baharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa TM Kelantan Bersama Pelanggan dan Majlis Perasmian Penutupan Program Sejahtera TM di sini, malam tadi.
Hadir sama Naib Presiden Jenama dan Komunikasi Kumpulan TM Izlyn Ramli.
Beliau berkata berikutan itu pihaknya tidak akan menyediakan perkhidmatan Streamyx di kawasan yang telah mempunyai perkhidmatan UniFi.
"Tapi tempat-tempat yang sedia ada Streamyx dan ada pengguna memohon untuk mendapatkan UniFi, kita akan sediakan kepada mereka... kedua-duanya akan ada serentak," katanya.
UniFi adalah perkhidmatan jalur lebar TM yang menggunakan gentian optik untuk menyampaikan Internet berkelajuan tinggi, telefon dan perkhidmatan IPTV ke rumah pelanggan.
Bernama
Mon Jun 29 2015
Sebagai permulaan, perkhidmatan UniFi akan diperkenalkan di daerah Kota Baharu meliputi kawasan bandar, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun
Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengehadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus.
Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery
Perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dan terlibat dalam e-dagang.
KKD, KPT laksana tindakan segera pastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik
Katanya, isu utama mengenai kesalinghubungan di kampus adalah berkaitan jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.
Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup
Pakej itu dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah.
Kualiti internet menurun, Malaysia masih dalam kedudukan 40 terbaik kesejahteraan digital
Indeks Kualiti Hidup Digital ialah kajian yang dilakukan bagi menilai kualiti kesejahteraan digital di 117 negara atau 92 peratus daripada populasi global.
Gagal beri perkhidmatan bermutu, pembekal Internet berdepan tindakan - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengenakan tindakan kawal selia terhadap pembekal yang didapati gagal menyediakan perkhidmatan Internet berkualiti.
Rusia hadkan akses terhadap Google News
Sejak bermulanya pencerobohan ke atas Ukraine pada 24 Feb, kerajaan Rusia telah mengetatkan kawalan terhadap maklumat di Internet.
Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.
Uma Akeh pedalaman Miri sudah ada internet, pelajar boleh PdPR, petani boleh pasarkan produk
Kira-kira 800 penduduk Uma Akeh, Long Lama cukup gembira apabila kawasan perkampungan mereka kini mempunyai capaian jalur lebar.
PRN Sarawak: SOP baik, namun perlu tambahan untuk elak penularan COVID-19 - Dr Malina
Secara keseluruhan, SOP PRN Sarawak adalah baik, namun, masih ada risiko yang perlu diambil kira seperti ceramah dan ziarah dari rumah ke rumah.