SEPANG: Bilangan ketibaan pelancong dari New Zealand (NZ) ke Malaysia dijangka meningkat susulan pertambahan perkhidmatan penerbangan bagi laluan Kuala Lumpur dan New Zealand, kata Tourism Malaysia.
Terbaru, syarikat penerbangan Batik Air menawarkan penerbangan enam kali seminggu yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Auckland, New Zealand menerusi Perth, Australia yang mula beroperasi semalam (24 Ogos, 2023).
Batik Air menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Airlines yang menawarkan perkhidmatan penerbangan terus ke New Zealand sebanyak lapan kali seminggu.
Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Amerika/Eropah/Oceania Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata Malaysia telah menerima sebanyak 17,972 penumpang dari New Zealand bagi tempoh Januari hingga Jun lepas.
"Jumlah itu hampir mencapai sasaran 20,000 pelancong dari negara itu bagi tahun ini. Pada 2022, kita telah menerima sebanyak 18,000 pelancong New Zealand. Perkhidmatan oleh Batik Air ini akan turut membantu Malaysia memajukan lagi sektor pelancongan negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan penerbangan sulung Batik Air dari Auckland menerusi Perth di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Selain itu, Iskandar Mirza berkata Tourism Malaysia akan turut menyelaras program misi jualan ke empat bandar raya iaitu Auckland di New Zealand serta Sydney, Melbourne dan Adelaide di Australia, bermula 28 Ogos, 2023.
Program selama seminggu itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof dan turut disertai oleh penggiat industri pelancongan serta wakil kerajaan Sabah, Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya.
Ini merupakan program tahunan Tourism Malaysia bagi merancakkan lagi promosi pelancongan di peringkat antarabangsa, termasuk menemukan pemain industri pelancongan Malaysia dan negara dikunjungi dalam sesi perniagaan ke perniagaan (B2B).
"Sesi B2B itu memberi peluang kepada kalangan pemain industri kita untuk memperkenalkan produk pelancongan dan pada masa sama dapat meningkatkan keyakinan pelancong berkunjung ke Malaysia," katanya.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Pengarah Strategi Kumpulan Batik Air dan Lion Group Datuk Chandran Rama Muthy, menyifatkan laluan penerbangan Kuala Lumpur-Auckland itu sebagai membuktikan komitmen padu Batik Air dalam memberi pilihan perjalanan yang selesa.
Menurutnya, ini tidak hanya membolehkan rakyat Malaysia berkunjung ke bandar raya seperti Auckland, tetapi turut menarik kehadiran warga New Zealand untuk meneroka destinasi menarik Malaysia seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kuching serta Kota Kinabalu.
"Kita berharap pelancong New Zealand akan memanfaatkan kadar tambang yang berpatutan serta perkhidmatan penerbangan ini untuk meneroka Malaysia dan seterusnya ke lokasi lain disediakan oleh Batik Air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
![Perkhidmatan Batik Air dijangka tingkatkan jumlah pelancong New Zealand Perkhidmatan Batik Air dijangka tingkatkan jumlah pelancong New Zealand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673611986_BatikAirBoeing.jpg)
Bilangan ketibaan pelancong dari New Zealand (NZ) ke Malaysia dijangka meningkat susulan pertambahan perkhidmatan penerbangan bagi laluan Kuala Lumpur dan New Zealand, kata Tourism Malaysia. - Gambar fail/REUTERS
![Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314538_Flood.jpg)
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
![Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720316150_ProgramMADANIRakya.jpg)
Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur
Tumpuan hari ini pastinya terarah kepada program pertukaran topi keledar lama di reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
![Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720314248_Tourists.jpg)
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Pelancong dilihat sanggup beratur dalam barisan yang panjang sementara lapangan terbang perlahan-lahan kembali ke mod operasi.
![Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720223563_tbIsraelimilitary.jpg)
Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan
Hamas telah menggugurkan tuntutan agar Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian itu.
![PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720312434_KeirStarmer.jpg)
PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda
Dasar Rwanda akan dibatalkan kerana hanya kira-kira 1 peratus pemohon suaka akan dikeluarkan dan ia akan gagal bertindak sebagai penghalang.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [07 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
![Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718699837_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.
![Tergamak pukul ibu kandung depan jiran Tergamak pukul ibu kandung depan jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720311000_pukulibuLangkat.jpg)
Tergamak pukul ibu kandung depan jiran
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.
![Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720309166_protest.jpg)
Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu
Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu.
PM baharu Britain kata rancangan hantar migran ke Rwanda dimansuhkan
Perdana Menteri baharu Britain, Keir Starmer berkata, rancangan kontroversi kerajaan terdahulu untuk menghantar migran ke Rwanda kini "dimansuhkan".
![Lebihkan penawaran untuk kawal harga penerbangan - Anthony Loke Lebihkan penawaran untuk kawal harga penerbangan - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719222574_BatikAirandKia.jpg)
Lebihkan penawaran untuk kawal harga penerbangan - Anthony Loke
Syarikat penerbangan tempatan boleh mengambil contoh dilakukan Batik Air yang menambah 20 lagi pesawat kepada rangkaian sedia ada untuk meningkatkan kekerapan penerbangan.
![Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719203141_tbBatikAirKapalT.jpg)
Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum
ATSB telah membuka siasatan terhadap pesawat Boeing 737-800 Batik Air Indonesia yang disyaki terbang di bawah altitud minimum.
![Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709962615_batikair.jpg)
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
![Standard KLIA diharap lebih tinggi seiring kenaikan caj lapangan terbang - Batik Air Standard KLIA diharap lebih tinggi seiring kenaikan caj lapangan terbang - Batik Air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710367184_KLIApenumpang.jpg)
Standard KLIA diharap lebih tinggi seiring kenaikan caj lapangan terbang - Batik Air
Batik Air menyokong semakan PSC, yang dilihat sebagai pelaburan penting diperlukan.
![Tiket dibeli sebelum tarikh semakan semula PSC akan berasaskan kepada kadar semasa - Batik Air Tiket dibeli sebelum tarikh semakan semula PSC akan berasaskan kepada kadar semasa - Batik Air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710148279_batikair.jpg)
Tiket dibeli sebelum tarikh semakan semula PSC akan berasaskan kepada kadar semasa - Batik Air
Batik Air memberi jaminan kepada penumpangnya bahawa tiket yang dikeluarkan sebelum semakan semula PSC yang berkuat kuasa pada 1 Jun, 2024, adalah berdasarkan kepada kadar PSC semasa.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702135893_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Batik Air diberi amaran keras susulan insiden juruterbang tertidur semasa penerbangan Batik Air diberi amaran keras susulan insiden juruterbang tertidur semasa penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709962615_batikair.jpg)
Batik Air diberi amaran keras susulan insiden juruterbang tertidur semasa penerbangan
Kementerian Pengangkutan Indonesia memberi amaran keras kepada Batik Air susulan insiden juruterbang dan pembantu juruterbang syarikat penerbangan komersial itu tertidur semasa penerbangan.
![Juruterbang Batik Air tertidur di tengah penerbangan Juruterbang Batik Air tertidur di tengah penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709962615_batikair.jpg)
Juruterbang Batik Air tertidur di tengah penerbangan
Seorang juruterbang dan pembantunya didapati tidur serentak selama kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta pada 25 Januari lalu.
![Batik Air lebarkan sayap, mula terbang ke Batam Batik Air lebarkan sayap, mula terbang ke Batam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708235352_batamkualalumpur.jpg)
Batik Air lebarkan sayap, mula terbang ke Batam
Batik Air melebarkan sayapnya menerusi laluan baharu ke Batam, Indonesia dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bermula Jumaat lalu.
![Laluan baharu Batik Air Batam-KL rancakkan pelancongan Malaysia-Indonesia Laluan baharu Batik Air Batam-KL rancakkan pelancongan Malaysia-Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708208984_BatirAirPerasmian.jpg)
Laluan baharu Batik Air Batam-KL rancakkan pelancongan Malaysia-Indonesia
Indonesia merupakan pasaran pelancongan utama untuk Malaysia berdasarkan hubungan budaya dan ketersambungan yang dikongsi bersama.