PERMOHONAN bagi enam program di bawah Bajet 2022 yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sudah mula dibuka sejak 1 Januari 2022 yang lalu.
Program-program tersebut adalah SIP Subsidi Upah Bersasar; SIP Elaun Mencari Pekerjaan+; SPS Padanan Caruman; SPS Khidmat, Program JaminKerja – Insentif Penggajian dan SIP Gig.
SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0)
Majikan daripada sektor pelancongan yang terkesan dan mengalami penurunan pendapatan akibat penularan COVID-19 boleh membuat permohonan bagi program SIP Subsidi Upah Bersasar atau PSU 5.0 bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Mac 2022.
Insentif kewangan yang diberikan adalah sebanyak RM600 sebulan untuk setiap pekerja selama tiga bulan, terhad kepada 500 orang pekerja bagi setiap perusahaan.
SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+)
Bagi meneruskan pemberian bantuan SIP Prihatin 2.0 yang berakhir pada 31 Disember 2021, individu yang kehilangan pekerjaan atau sedang mencari pekerjaan boleh memohon Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) menerusi program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+).
Inisiatif ini telah ditambah baik pada tahun ini di mana bantuan kewangan ini turut diberikan kepada pencarum dan bukan pencarum Perkeso.
Program ini adalah bertujuan untuk menambahbaik faedah Perkeso bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan ataupun menganggur pada kadar jangka masa panjang. Permohonan bagi pencarum Perkeso telah pun dibuka selama enam bulan bermula dari 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.
Sementara itu, permohonan SIP EMP+ bagi individu bukan pencarum Perkeso telah pun dibuka selama 12 bulan bermula dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
SPS Padanan Caruman
Untuk golongan Orang Bekerja Sendiri (OBS) khususnya daripada lapan kategori seperti orang asli atau orang asal, pekerja gig, penjaja, Orang Kurang Upaya (OKU), pengusaha sektor pelancongan, artis, petani dan usahawan wanita, mereka boleh memohon insentif SPS Padanan Caruman untuk dilindungi di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso selama setahun.
Bantuan dalam bentuk pembiayaan padanan caruman di bawah Pelan Caruman Kedua SKSPS ini akan dibiayai oleh Kerajaan sebanyak 80 peratus (RM186.20), manakala baki 20 peratus (RM46.60) perlu dibayar oleh OBS.
Insentif ini diharapkan dapat mengurangkan beban caruman bagi OBS untuk mendapatkan perlindungan di bawah PERKESO serta memupuk kesedaran akan kepentingan Keselamatan Sosial dalam kalangan OBS.
Permohonan SPS
Padanan Caruman boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022. SPS Khidmat OBS yang tergolong dalam empat kategori ini iaitu anggota pasukan sukarelawan, pekhidmat rumah ibadat Islam (JAKIM), penyelia dan petugas pemulihan komuniti dan anggota sektor awam berstatus Contract For Service layak memohon program SPS Khidmat.
Insentif dengan bantuan pembiayaan penuh oleh Kerajaan untuk caruman bawah Pelan Caruman Kedua dan Keempat SKSPS ini menyediakan tempoh perlindungan setahun kepada OBS yang berdaftar.
Permohonan bagi SPS Khidmat kini dibuka sejak 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022 dengan mengemukakan permohonan melalui agensi pentadbiran kawal selia masing-masing.
Program JaminKerja – Insentif Penggajian
Mulai tahun 2022, para majikan yang membuat pengambilan pekerja baharu dalam kalangan perantis, graduan dan golongan mudah terjejas seperti OKU, bekas tentera dan bekas banduan boleh memohon insentif penggajian daripada Perkeso menerusi Program JaminKerja – Insentif Penggajian.
Majikan daripada semua kategori industri yang berdaftar dengan Perkeso sebelum 1 Januari 2022 boleh menikmati insentif maksima sebanyak RM36,000 untuk setiap pekerja yang digajikan dalam tempoh 12 bulan.
Program JaminKerja – Insentif
Penggajian turut boleh dimanfaatkan kepada majikan yang mengambil pekerja daripada golongan wanita, sektor berkaitan pelancongan dan melaksanakan penggantian jawatan pegawai dagang (expatriate) dengan pekerja tempatan.
Insentif penggajian ini dijangka dapat merangsang penawaran pekerjaan dalam kalangan majikan serta mengurangkan kadar pengangguran negara dengan sasaran penempatan sebanyak 250,000 pencari kerja.
Permohonan bagi program ini boleh dibuat secara dalam talian mulai 17 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.
SIP Gig
Individu yang tergolong dalam kumpulan yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, menganggur lebih 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas atau suri rumah yang tidak bekerja lebih dari enam bulan, boleh memohon insentif kewangan di bawah program SIP Gig.
Program ini menawarkan bantuan kewangan sebanyak RM600 sehingga RM800 sebulan selama maksimum enam bulan kepada individu di atas yang bekerja dalam sektor tidak formal atau ekonomi gig melalui platform berdaftar di bawah Perkeso untuk jangka masa pendek.
Permohonan insentif telah pun dibuka mulai 17 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022 Keluarga Malaysia khususnya mereka yang layak untuk memohon digalakkan untuk mengemukakan permohonan dengan segera.
Layari laman web rasmi Perkeso di pautan www.perkeso.gov.my untuk memohon kesemua inisiatif tersebut kecuali SPS Khidmat.
Bagi inisiatif SIP EMP+ (individu bukan pencarum Perkeso), SPS Padanan Caruman dan SIP Gig permohonan juga boleh dibuat menerusi Aplikasi PRIHATIN PERKESO.
Media Statement
Fri Jan 21 2022
Permohonan insentif telah pun dibuka mulai 17 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022 Keluarga Malaysia khususnya mereka yang layak untuk memohon digalakkan untuk mengemukakan permohonan dengan segera. - Gambar fail
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tinjauan udara banjir di Terengganu
Bagi melihat tinjauan banjir di Terengganu melalui udara pula.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.