KUALA LUMPUR: Memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkatkan hasil kerajaan, tetapi ia perlu lebih jelas untuk peserta pasaran menyesuaikan keputusan pelaburan mereka dengan sewajarnya, kata pakar ekonomi.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun wajar untuk kerajaan mempertimbangkan semula GST kerana rejim cukai itu akan melonjakkan kutipan hasil, adalah juga penting untuk menjadikan sistem berkenaan lebih telus.
"Malah menjadikannya lebih telus adalah cara terbaik untuk menangani ekonomi bayangan, kerana semua perniagaan perlu mendaftar untuk menuntut kredit cukai input," katanya kepada Bernama.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata semalam bahawa kerajaan terbuka untuk memperkenalkan semula GST sebagai salah satu strategi untuk meluaskan asas hasil bagi mencapai kemampanan fiskal.
"Kami akan bersikap terbuka dan melalui apa sahaja cara yang kami boleh untuk mencapai kemampanan fiskal menerusi asas hasil yang lebih luas, sama ada cukai keuntungan modal, GST atau sebarang bentuk cukai langsung atau tidak langsung.
"Saya lebih suka untuk memastikan strategi itu terbuka dan akan memutuskan berdasarkan kes demi kes dan tahun ke tahun," katanya kepada pemberita selepas pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli turut berpendapat lebih banyak kejelasan diperlukan daripada kerajaan memandangkan pemain pasaran perlu bersedia dan menyesuaikan keputusan pelaburan mereka dengan sewajarnya.
"Idea untuk memperkenalkan semula GST mungkin lebih tepat berkaitan garis masa dan reka bentuk cukai. Saya rasa ahli ekonomi dan komuniti perniagaan boleh menjangkakan perkara yang lebih baik jika ada kejelasan mengenai isu ini," katanya.
Namun apabila ditanya mengenai kadar GST baharu yang ideal berbanding enam peratus yang dilaksanakan sebelum ini, Afzanizam dan Firdaos enggan memberi sebarang ulasan.
"Tidak pasti berapa kadarnya, tetapi ia boleh bermula dengan angka kecil dan meningkatkannya mengikut masa.
"Tetapi sekiranya dapat dilaksanakan, ia akan memberikan kelebihan bagi pentadbiran semasa," kata Afzanizam.
Sementara itu, Firdaos berkata masih terlalu awal untuk membincangkan kadar itu buat masa ini kerana keputusan untuk memulihkan GST masih belum muktamad.
GST sebanyak enam peratus diperkenalkan pada 2015, tetapi telah dimansuhkan pada 2018 dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
Walaupun wajar untuk kerajaan mempertimbangkan semula GST kerana rejim cukai itu akan melonjakkan kutipan hasil, adalah juga penting untuk menjadikan sistem berkenaan lebih telus.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Perkenal semula GST boleh tingkat hasil kerajaan tetapi perlu lebih jelas - Ahli ekonomi
Memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkatkan hasil kerajaan, tetapi ia perlu lebih jelas.
IDEAS sokong GST dikembalikan, namun perlu kajian mendalam sebelum dilaksanakan
IDEAS menyokong kemungkinan pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam waktu terdekat.
'GST mungkin kembali, bantu kerajaan tampung subsidi untuk rakyat' - PM
Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem GST, sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.
Tiada perubahan sistem cukai ketika ekonomi negara dalam fasa pemulihan - Tengku Zafrul
Apabila ekonomi baru saja hendak pulih, bukan masanya untuk memperkenalkan cukai baharu, kata Tengku Zafrul.
LKAN: JKDM perlu siasat lebihan bayaran tuntutan GST
JAN mengesyorkan JKDM membuat kutipan balik bayaran terkhilaf sebanyak RM4.38 juta itu daripada OKC dalam kadar segera.
Dulu masa GST tak merungut pula - Guan Eng
Guan Eng berkata amat menghairankan apabila Najib sebelum ini tidak pernah merungut ketika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
SST tidak merugikan poket rakyat - Wan Azizah
Kata Timbalan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan akan menggunakan hasil dana tersebut untuk pembangunan negara.
Tipu tuntutan GST: Lebih banyak tindakan akan diambil - JKDM
Datuk Seri Subromaniam Tholasy menegaskan lebih banyak tindakan akan diambil susulan penipuan tersebut yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada Kerajaan.
Bajet 2017: Kadar GST kekal 6 peratus
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dinaikkan.
Kadar GST tidak akan dikurangkan dalam Bajet 2017
Johari berkata GST dan pelan rasionalisasi subsidi penting untuk memastikan defisit fiskal negara mencapai sasaran 3.1 peratus bagi tahun ini.