KUALA LUMPUR:Perdagangan luar Malaysia mencatatkan prestasi yang baik walaupun dalam keadaan yang belum pernah berlaku sebelum ini, dengan eksport meningkat semula pada separuh kedua 2020 berbanding dengan penguncupan pada separuh pertama, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini susulan pembukaan semula ekonomi yang progresif dan pemulihan permintaan luaran secara beransur-ansur.
"Malah, eksport pada Disember adalah nilai bulanan tertinggi yang dicatatkan bagi 2020, dengan eksport ke China merekodkan nilai tinggi baharu dan momentum yang sama dilaporkan bagi eksport ke Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan nilai terbesar dalam dekad lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata eksport Malaysia pada Disember 2020 mencatatkan pertumbuhan dua digit iaitu 10.8 peratus kepada RM95.74 bilion tahun ke tahun.
Ini adalah eksport bulanan tertinggi yang dicatatkan pada 2020 dan nilai eksport kedua tertinggi yang pernah dicatatkan selepas RM97.12 bilion pada Oktober 2018, katanya.
Peningkatan eksport direkodkan ke Singapura, China, AS, India, dan Hong Kong.
Mohamed Azmin berkata jumlah perdagangan pada Disember 2020 meningkat 6.5 peratus kepada RM170.78 bilion daripada angka pada Disember 2019, sementara import meningkat 1.6 peratus kepada RM75.04 bilion.
Beliau berkata lebihan dagangan melonjak 64.9 peratus kepada RM20.7 bilion dan merupakan lebihan dagangan tertinggi yang pernah dicatatkan untuk Disember.
Berdasarkan bulan ke bulan, jumlah perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan merekodkan pertumbuhan dua digit masing-masing pada 12.2 peratus; 13.1 peratus; 11 peratus dan 21.4 peratus.
Mohamed Azmin berkata wujud pertumbuhan eksport yang ketara ke pasaran pesat membangun terutama Costa Rica, Kazakhstan, Kenya, Nigeria, Ghana dan Cote d'Ivoire.
Produk getah, elektrik dan elektronik serta pertanian berasaskan minyak sawit dan minyak sawit mencatatkan peningkatan eksport yang kukuh, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 30 2021
Mohamed Azmin berkata lebihan dagangan melonjak 64.9 peratus kepada RM20.7 bilion dan merupakan lebihan dagangan tertinggi yang pernah dicatatkan untuk Disember. - Gambar fail/BERNAMA
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI
Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew
MITI akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.
Malaysia dan Peru kukuhkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor halal
Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal.
Pendekatan MITI di APEC pastikan yang berdaya tahan - Tengku Zafrul
Pendekatan strategik MITI di AELW APEC ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.
Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion - MITI
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion (US$1.1 bilion).
Kerajaan sasar 20 peratus penjualan tahunan EV baharu menjelang 2030
Setakat September 2024, kadar jumlah jualan tahunan yang dicapai ialah 5.11 peratus.
Malaysia akan kekal berkecuali, komited menjadi negara destinasi pelaburan selamat – Tengku Zafrul
Dalam suasana perang teknologi yang kian memuncak antara ekonomi-ekonomi besar dunia, Malaysia perlu kekal berkecuali dan tidak cenderung kepada mana-mana pihak.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kerajaan perkenal dua dana baharu bantu PKS, MTC
Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkenalkan dua dana baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.