KUALA LUMPUR: Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia sekali lagi mencecah jualan tertinggi dalam rekod pada November 2021 mencatatkan RM118.1 bilion, peningkatan 7.0 peratus tahun ke tahun, mengatasi paras yang dicapai bulan lepas sebanyak RM116.2 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan dalam perdagangan borong dan runcit itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong yang mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 6.8 peratus atau RM3.6 bilion kepada RM56.3 bilion pada November 2021.
"Perdagangan runcit juga berkembang 6.7 peratus atau RM3.0 bilion kepada RM47.8 bilion. Dalam tempoh yang sama, kenderaan bermotor meningkat 8.6 peratus atau RM1.1 bilion kepada RM13.9 bilion," katanya dalam satu kenyataan prestasi perdagangan borong dan runcit, yang dikeluarkan hari ini.
Untuk perbandingan dengan bulan sebelumnya, beliau berkata nilai jualan perdagangan borong dan runcit meningkat 1.6 peratus, disokong oleh pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi termasuk perjalanan rentas negeri bermula 11 Oktober 2021.
Beralih kepada prestasi mengikut subsektor, Mohd Uzir berkata pertumbuhan subsektor perdagangan borong adalah sebanyak 6.8 peratus pada November 2021 disokong oleh lain-lain pengkhususan jualan borong yang meningkat 7.6 peratus atau RM1.6 bilion kepada RM22.1 bilion.
"Ini diikuti oleh jualan borong makanan, minuman dan tembakau dengan 11.2 peratus untuk merekodkan RM11.4 bilion," katanya.
Jualan borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup juga meningkat 15.5 peratus kepada RM4.7 bilion, didorong oleh harga komoditi yang lebih tinggi.
"Bagi perbandingan dengan bulan sebelumnya, jualan subsektor ini meningkat 1.0 peratus," jelasnya.
Mengulas lebih lanjut mengenai subsektor perdagangan runcit, beliau berkata kenaikan 6.7 peratus itu disumbangkan oleh jualan runcit di kedai bukan pengkhususan yang mencatatkan peningkatan 9.9 peratus atau RM1.6 bilion kepada RM17.7 bilion.
Sementara itu, kumpulan lain dalam subsektor ini turut mencatatkan pertumbuhan positif iaitu jualan runcit bahan api kenderaan (18.2 peratus), jualan runcit barangan isi rumah (6.4 peratus), jualan runcit makanan, minuman dan tembakau 9.1 peratus, jualan runcit bukan di kedai, gerai atau pasar (28.4 peratus), jualan runcit barangan kesenian dan rekreasi 4.5 peratus, jualan runcit kelengkapan informasi dan komunikasi (0.8 peratus), dan jualan runcit di gerai dan pasar (11.6 peratus).
Bagaimanapun, beliau berkata jualan runcit di kedai khusus kekal negatif untuk bulan keenam berturut-turut untuk mencatatkan -1.0 peratus.
"Bagi perbandingan bulanan, perdagangan runcit meningkat 3.4 peratus dengan semua kumpulan dalam subsektor ini mencatatkan pertumbuhan positif," katanya.
Di samping itu, Mohd Uzir berkata pertumbuhan 8.6 peratus dalam subsektor kenderaan bermotor bulan ini disumbangkan oleh jualan kenderaan bermotor yang terus mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 11.8 peratus atau RM0.9 bilion kepada RM8.1 bilion.
Ini diikuti oleh jualan, penyelenggaraan dan pembaikan motosikal dengan 9.4 peratus mencatatkan RM1.2 bilion.
Selain itu, jualan alat ganti dan aksesori kenderaan bermotor dan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor juga kembali positif untuk merekodkan pertumbuhan masing-masing 2.9 peratus dan 4.0 peratus.
"Bagaimanapun, bagi perbandingan bulanan, jualan subsektor ini menurun -1.9 peratus disebabkan oleh jualan kenderaan bermotor yang mencatatkan -10.4 peratus," katanya.
Mohd Uzir berkata indeks jualan runcit melalui Internet merekodkan pertumbuhan 21.0 peratus tahun ke tahun (Oktober 2021: 20.7 peratus) manakala bagi pelarasan musim, indeks ini meningkat 5.4 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Sementara itu, bagi indeks volum, perdagangan borong dan runcit mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 2.9 peratus.
Ketua Perangkawan turut memaklumkan pengembangan itu disumbangkan oleh kenderaan bermotor yang meningkat 5.2 peratus, diikuti oleh perdagangan runcit dengan 3.3 peratus.
Dalam pada itu, perdagangan borong juga mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 1.4 peratus sementara itu, indeks volum pelarasan musim meningkat 1.6 peratus bulan ke bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022

Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan dalam perdagangan borong dan runcit itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong yang mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 6.8 peratus. - Gambar fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.

Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.

EU digesa larang semua urus niaga dengan penempatan haram Israel
Lebih 150 organisasi hak asasi manusia, kesatuan pekerja dan kumpulan masyarakat sivil menggesa EU untuk mengharamkan perdagangan dengan penempatan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki.

Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.