KUALA LUMPUR:Perbezaan dalam tindak balas menangani COVID-19 adalah cerminan kepada tadbir urus serta kapasiti dalam kesihatan awam serta dasar ekonomi yang akan menentukan prestasi ekonomi pada masa depan.
Profesor Madya Razeen Sally daripada Lee Kuan Yew School of Public Policy berkata di rantau ASEAN, Singapura, kecuali isu-isu pekerja asing pada awal fasa krisis dan sekatan pergerakan, dan Vietnam jelas melakukan yang terbaik dalam menangani krisis dari segi kesihatan awam dan dasar ekonomi.
Beliau berkata Malaysia dan Thailand pula menanganinya dengan baik semasa fasa pertama tetapi keadaan menjadi buruk semasa gelombang kedua dan seterusnya manakala Indonesia dan Filipina tidak bertindak balas dengan baik dalam menguruskan pandemik itu.
"Dari segi positifnya, prospek pertumbuhan Asia Tenggara masih sangat baik dengan purata pertumbuhan lima peratus di seluruh rantau, manakala pelaburan langsung asing tinggi ke rantau ini berbanding China.
"(Rantau ini) juga memiliki pulangan pelaburan yang tinggi dan mencatatkan kenaikan dalam pengeluaran dan pemindahan rantai bekalan global dengan Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia merupakan antara yang meraih manfaat utama manakala Indonesia walaupun memiliki potensi besar, potensinya tidak menjadi kenyataan," katanya dalam persidangan dalam talian selama tiga hari yang bertemakan "Malaysia Outlook Conference 2021" di sini, pada Selasa.
Dari segi negatifnya pula, beliau berkata pasca COVID-19, Malaysia dan Thailand dilihat berada dalam perangkap pendapatan sederhana di tengah-tengah ketidakpastian berhubung politik dan tadbir urus ekonomi serta isu-isu lain seperti keupayaan inovasi dan kos buruh.
Mengulas lanjut mengenai risiko yang dihadapi Malaysia berada dalam perangkap pendapatan sederhana, beliau berkata negara perlu melakukan pembaharuan struktur dalam dasar ekonominya untuk keluar daripada perangkap tersebut.
"Kombinasi lebih banyak tekanan peraturan antarabangsa dan tiada pembaharuan pasaran akan membawa kepada senario terburuk kepada Malaysia, bukan sahaja untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana tetapi juga penurunan pertumbuhan," katanya.
Oleh itu, beliau berkata cabaran besar bagi negara adalah untuk mempelbagaikan ekonominya dengan menumpukan kepada pembuatan bernilai tinggi dan beralih daripada status quo, ke arah inovasi dan produktiviti dengan penekanan terutamanya terhadap perkhidmatan, tenaga bersih dan alam sekitar.
"Tetapi ini memerlukan pembaharuan padu dalam pasaran modal Malaysia seperti tanah, buruh dan modal, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 02 2021
Cabaran besar bagi negara adalah untuk mempelbagaikan ekonominya dengan menumpukan kepada pembuatan bernilai tinggi dan beralih daripada status quo, ke arah inovasi dan produktiviti.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.