KUALA LUMPUR: Perang Rusia-Ukraine memberi kesan minimum ke atas pembuat sarung tangan, Top Glove Corporation Bhd, memandangkan kedua-dua negara terbabit hanya menyumbang kurang daripada 5.0 peratus kepada nilai jualan kumpulan.
Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Lim Wee Chai berkata secara dasarnya, langkah mitigasi yang perlu telah dilaksanakan pihaknya.
"Bagaimanapun, apa yang turut lebih penting adalah mengekalkan jalinan erat dengan pelanggan, bagi memastikan kami hanya mengalami gangguan kecil dalam penawaran barangan yang penting untuk misi kemanusiaan, tujuan perubatan dan lain-lain," katanya pada Rabu.
Beliau berkata demikian semasa taklimat media dan analisis secara maya mengenai prestasi kewangan Top Glove bagi suku kedua berakhir 28 Feb, 2022.
Sementara itu, Pengarah Urusan, Datuk Lee Kim Meow berkata pihaknya mengambil pendekatan berhati-hati terutama dari segi pembayaran susulan perkembangan dalam industri perbankan di negara berkenaan.
"Kami kekal menjalinkan hubungan erat dengan para pelanggan untuk mencari cara terbaik dalam menguruskan situasi terbabit," katanya.
Keuntungan bersih Top Glove merosot 97 peratus kepada RM87.55 juta pada suku kedua, daripada RM2.87 bilion semasa suku yang sama tahun kewangan 2021 manakala perolehan susut 73 peratus kepada RM1.45 bilion daripada RM5.37 bilion bagi tempoh yang sama, berikutan harga jualan purata (HJP) ternormal kepada hampir paras sebelum pandemik berlaku.
Beliau berkata HJP dijangka menghampiri paras terendah sebelum meningkat kembali dan industri boleh menyaksikan peningkatan harga da[am tempoh beberapa suku akan datang.
Terdahulu dalam taklimat itu, Lee berkata jumlah jualan bagi Amerika Syarikat (AS) oleh Top Glove melonjak 220 peratus setakat ini setelah jualannya terus pulih apabila AS menarik balik sekatan import pada September 2021.
Sekatan tersebut disebabkan dakwaan berlakunya penggunaan buruh paksa dalam operasi Top Glove.
Top Glove mengumumkan pihaknya telah menyelesaikan semua isu berkaitan dalam pengoperasiannya.
Beliau berkata pada September 2021, jualan Top Glove bagi pasaran AS merangkumi 4.0 peratus daripada jumlah jualan global kumpulan dan pada Februari 2022, jualan di AS meningkat untuk menyumbang 13 peratus kepada jumlah jualan global kumpulan.
"Terdapat lebih banyak peluang pertumbuhan untuk kami manfaat bagi jualan di AS," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
Wee Chai berkata secara dasarnya, langkah mitigasi yang perlu telah dilaksanakan pihaknya. - Foto fail/BERNAMA
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Belian lewat bantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi
Belian lewat telah membantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi selepas jatuh pada tengah hari di tengah-tengah sentimen lembap dalam pasaran serantau.
Bursa Malaysia ditutup rendah seiring prestasi pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 13.20 mata atau 0.81 peratus kepada 1,611.05 daripada 1,624.25 semasa ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah, FBM KLCI turun 12.62 mata
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 12.62 mata atau 0.78 peratus kepada 1,611.94 daripada 1,624.56 ketika ditutup pada Isnin.
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Kerugian teras Top Glove diunjur susut kepada RM83 juta pada 4QFY23 - RHB Investment
Pelanggan kumpulan itu akan kehabisan inventori menjelang separuh kedua 2024 dan ia akan mendorong kepada pesanan yang lebih konsisten.
Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran
Ketiga-tiga pembuat sarung tangan di bawah liputan mereka telah melaksanakan langkah rasionalisasi kapasiti seperti penutupan kilang dalam usaha untuk mengurangkan bekalan pasaran.
Bursa Malaysia terus ditutup rendah susulan jualan berterusan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.66 mata atau 0.32 peratus kepada 1,424.89 daripada 1,429.55 ketika ditutup semalam.
Top Glove jangka harga jualan purata sarung tangan terus susut
Lim menyatakan bahawa penurunan dalam ASP sarung tangan semakin perlahan, menunjukkan bahawa aliran menurun tidak akan berterusan selama-lamanya.
Top Glove catat kerugian bersih RM168.24 juta pada suku pertama
Hasil Top Glove juga merosot kepada RM632.53 juta daripada RM1.61 bilion sebelumnya.
Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI
Isu lebihan bekalan dalam industri sarung tangan getah telah mempengaruhi harga saham kedua-dua syarikat berkenaan.