IPOH: Perak menerima pelaburan sebanyak RM100 juta bagi sektor industri hiliran berasaskan sumber mineral batu kapur di kawasan Perindustrian Bemban, Batu Gajah yang dijangka siap pada suku ketiga 2023 untuk fasa pertama.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata projek ini akan dibangunkan dalam dua fasa dengan yang pertama melibatkan kapasiti pengeluaran antara 20 hingga 24 juta liter cat setiap tahun dan dijangka menawarkan sebanyak 200 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan.
"Pembangunan kilang ini akan dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini berasaskan revolusi perindustrian keempat menjadikan Smart Paints Manufacturing sebagai syarikat pengeluar cat pertama yang mengguna pakai teknologi Industri 4.0 sepenuhnya di Malaysia.
"Walaupun Perak dilimpahi dengan pelbagai sumber mineral seperti batu kapur, pasir silika, kuarza, tanah liat dan lain-lain, kebanyakan sumber ini hanya dilombong dan dibawa keluar dari negeri ini tanpa proses nilai tambah bagi pengeluaran produk bermutu tinggi," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Kilang Baharu di Batu Gajah hari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri sangat menghargai usaha dan hasrat pihak syarikat untuk membangunkan kilang baharu mereka dalam memanfaatkan sumber bahan mentah batu kapur dan kalsium karbonat untuk dibuat proses nilai tambah bagi pengeluaran produk akhir sekali gus menggalakkan lagi industri hiliran kepada sumber mineral.
Beliau turut menyeru agar InvestPerak bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk meneruskan usaha mengenal pasti pelabur-pelabur berpotensi dalam sektor industri mineral bagi menggalakkan lagi aktiviti nilai tambah dan industri hiliran ke atas sumber mineral yang banyak terdapat di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022

Shahrul Zaman berkata projek ini akan dibangunkan dalam dua fasa dengan yang pertama melibatkan kapasiti pengeluaran antara 20 hingga 24 juta liter cat setiap tahun. - Gambar/ Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.

Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.

Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.

Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah
Ia menerima Sijil SIRIM ISO 21101:2014 untuk sistem pengurusan keselamatan pelancongan pengembaraan bagi aktiviti berasaskan air dan darat.

Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.

Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.

PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti

Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.