Perak mencatat agihan keuntungan hampir 20.34 juta iaitu interim 1/2016 tertinggi kepada peserta-peserta Felcra Berhad di negara ini
Pengerusi Felcra, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, ia akan diagihkan kepada hampir 16,000 peserta dengan purata sebanyak RM1,775.80 seorang.
"Ia merupakan yang tertinggi di negara ini. Felcra Berhad akan mengagihkan keuntungan berjumlah hampir RM74,785,488.61 kepada 75,134 orang peserta seluruh negara.
"Keuntungan hasil ladang dibayar tiga kali setahun iaitu bayaran dalam bentuk interim 1, 2 dan akhir. Kelazimannya tempoh bayaran dibuat berdasarkan kesesuaian musim seperti Aidilfitri (Interim 1) dan persekolahan (Interim 2) bagi memberikan kegembiraan kepada peserta di samping membantu mereka," katanya.
Bung Mokhtar berkata demikian semasa berucap pada Program Jalinan Kasih Ramadan di sini hari ini.
Dalam pada itu katanya, Felcra sedang merencana untuk melaksanakan aktiviti semula terhadap pokok sawit dan getah yang berusia 25 tahun ke atas.
"Felcra juga akan mengembangkan sayap perniagaan untuk menjadi sebuah plantation house yang berjaya dengan aktiviti pembelian dan pengambilalihan lima ladang.
"Sabah dan Sarawak juga dilihat berpotensi untuk dimajukan dan ia akan memperkasakan pendapatan yang akhirnya memberi kesan kepada peserta," jelasnya.
Selain itu katanya, Felcra juga akan melaksanakan aktiviti pembangunan hartanah bercampur di tujuh lokasi di negara ini.
"Selain pembangunan hartanah, Felcra juga komited dalam melaksana aktiviti diversiti pertanian dengan menceburi bidang perladangan harum manis dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).
"Felcra juga telah mengambilalih 55 peratus saham dalam Diversatech (M) Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat pengeluar baja dan imput pertanian dengan nilai RM35 juta," ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Thu Jun 16 2016

Pengerusi Felcra Berhad Datuk Bung Moktar Radin menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim ketika menghadiri program jalinan kasih Ramadhan Parlimen Kuala Kangsar di Dewan serbaguna Kampung Ulu Piol Manong hari ini. - Foto Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bung Moktar syukur perjuangan lima tahun lawan kes rasuah selesai
Bung Mokhtar menzahirkan rasa syukur selepas lima tahun perjuangannya dan isteri melawan kes rasuah dihadapi akhirnya selesai selepas mereka dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

JKJAV perlu hantar bekalan vaksin ke Sabah segera bagi pemberian vaksin berjalan lancar - Bung
Kerajaan pusat khususnya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 diminta supaya menyegerakan penghantaran vaksin ke Sabah bagi memastikan pemberian vaksin di Sabah berjalan lancar.

Bung Moktar kemuka cadangan tubuh Majlis Presiden GRS Januari depan
Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin akan mengemukakan cadangan, bagi menubuhkan Majlis Presiden Gabungan Rakyat Sabah pada mesyuarat yang dijangka diadakan pada 11 Januari.

Kabinet Sabah: Tukar portfolio selepas 3 jam? Masidi akan ceritakan selepas bersara
Ciapan Masidi yang juga Adun Karanaan di Twitter memberi bayangan ada cerita tersembunyi disebalik pertukaran tersebut.

Sabah Memilih: BN akan pertaruh 85 peratus muka baharu, calon muda - Bung Moktar
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, muka-muka baharu yang akan dipilih itu terdiri daripada kalangan belia.

Rakaman audio perbualan Najib tidak jejaskan kempen BN di Kimanis - Bung Mokhtar
Menurut Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, BN tidak hairan dengan perkara tersebut, sebaliknya yakin mampu menawan hati pengundi di Parlimen itu.

Dewan Rakyat tak cukup korum, perbahasan terhenti seminit
Timbalan Speaker Nga Kor Ming terpaksa mengarahkan loceng Dewan Rakyat dibunyikan selama seminit ekoran jumlah Ahli Parlimen tidak mencukupi sewaktu perbahasan RUU Pembekalan (Belanjawan 2020).

Sebutan semula kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette 4 Julai
Mahkamah Sesyen menetapkan 4 Julai depan untuk sebutan semula kes Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette atas dakwaan rasuah.

Diajak 'berlawan', ini kata Bung kepada Mongin
Ahli Parlimen (BN-Kinabatangan) Datuk Bung Mokhtar Radin tidak mengendahkan desakan ahli Parlimen (PH-Puncak Borneo), Willie Mongin yang mahu 'berlawan' dengannya.

Dewan Rakyat tercemar dengan kata-kata kesat, semalam 'p******k', 'kepala bapak', hari ini 'f*** y*u'
Persidangan Dewan Rakyat hari ini terus dicemari dengan kata-kata kesat, termasuk perkataan lucah F*** Y** ketika Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dibentangkan untuk bacaan kali kedua.