Kejatuhan mata wang ringgit membimbangkan kalangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan pelajar yang sedang menuntut pengajian di luar negara.

Ringgit pada Rabu dianggarkan sudah mencecah paras 4.00 sedolar Amerika Syarikat (AS) bagi pertama kali sejak krisis kewangan Asia pada 17 tahun lepas.

Walaupun beberapa pakar ekonomi Malaysia menyatakan bahawa penyusutan ringgit masih boleh diurus, namun rakyat memandang serius isu ini.

Susulan penyusutan ringgit, pelbagai pandangan dan reaksi dikongsi oleh para netizen di media sosial dengan kebanyakan mereka menyuarakan kebimbangan terhadap inflasi yang mungkin akan dialami selepas ini.









Namun ada segelintir pengguna media sosial yang menjadikan isu tersebut sebagai satu bahan jenaka di laman Twitter.





Beberapa pengamal media sosial juga tampil menyuarakan pandangan mereka bahawa kejatuhan nilai mata wang tempatan tidak akan menjejaskan ekonomi negara.



Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata fokus utama kerajaan pada masa ini adalah untuk memastikan ekonomi negara bertambah baik.