KUALA LUMPUR: Penutupan operasi kilang pembuatan sarung tangan getah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan pelanggan beralih membeli di negara pengeluar lain seperti Thailand dan China.
Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega Holdings Berhad, Kuan Mun Leong berkata, pihaknya terkena impak kepada perniagaan, dari segi kerugian kapasiti iaitu kira-kira 5% daripada jumlah keseluruhan kapasiti tahunan Hartalega.
Oleh demikian kata beliau, amat penting bagi Malaysia untuk terus menyediakan persekitaran operasi kondusif bagi sektor sarung tangan getah kerana pengeluar di China kini secara agresif meningkatkan kapasiti keluaran mereka.
Menurutnya, penguasaan pasaran global China dari segi pembekalan sarung tangan getah dianggarkan meningkat sehingga 23% pada 2022 daripada 16% pada masa ini, manakala penguasaan Malaysia menyusut ke paras 60% berbanding 67% sekarang.
“Masa hadapan sektor sarung tangan adalah penting bagi Malaysia kerana kita adalah peneraju dunia. Namun kini berdepan dengan persaingan dari China, kita berharap kerajaan memberikan kita sokongan sewajarnya supaya negara ini kekal sebagai peneraju,’’ katanya.
Kuan berkata demikian dalam taklimat media secara maya selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Hartalega di sini semalam.
Beliau berkata, buat pertama kali di negara, kilang-kilang sarung tangan getah yang terletak di dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan beroperasi kerana tidak diiktiraf sebagai barangan penting semasa pandemik.
Menurut beliau, pihaknya diwajibkan membuat saringan COVID-19 ke atas pekerja kilang setiap dua minggu dan ini dianggap menganggu serta sulit untuk dilaksanakan.
“Kami sepatutnya boleh beroperasi pada kapasiti 100% kerana 90% pekerja kami sudah divaksinasi tetapi saringan wajib setiap dua minggu adalah sukar.
"Jadi kami masih berunding dengan kerajaan untuk mencari kaedah yang lebih sesuai, terutama dengan langkah kerajaan untuk memasuki fasa endemik COVID-19 ini,’’ kata beliau.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Sep 07 2021
![Penutupan kilang sarung tangan getah akibatkan pelanggan lari ke China, Thailand - Hartalega Penutupan kilang sarung tangan getah akibatkan pelanggan lari ke China, Thailand - Hartalega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623232083_FBREAKINDUSTRICOVID.jpg)
Kuan berkata, buat pertama kali di negara, kilang-kilang sarung tangan getah yang terletak di dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan beroperasi kerana tidak diiktiraf sebagai barangan penting semasa pandemik. - Gambar hiasan
![Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713155982_KementerianPeraliha.jpg)
Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA
Sehingga Dis 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang dicapai adalah 5.9 peratus atau 8,667 GWj, bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
![Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683723195_TBCOVIDTOPGLOVE.jpg)
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
![Hartalega catat kerugian bersih RM218 juta Hartalega catat kerugian bersih RM218 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620115735_hartalega.jpg)
Hartalega catat kerugian bersih RM218 juta
Hartalega Holdings Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM218.04 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 berbanding keuntungan bersih RM3.23 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2024.
![Top Glove, Hartalega kemungkinan 'hilang' kedudukan utama dalam KLCI Top Glove, Hartalega kemungkinan 'hilang' kedudukan utama dalam KLCI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662483105_FBREAKINDUSTRICOVID.jpg)
Top Glove, Hartalega kemungkinan 'hilang' kedudukan utama dalam KLCI
Sektor sarung tangan getah dijangka terus berdepan tekanan ASP, yang diburukkan lagi dengan kos operasi lebih tinggi.
![Penutupan kilang sarung tangan getah akibatkan pelanggan lari ke China, Thailand - Hartalega Penutupan kilang sarung tangan getah akibatkan pelanggan lari ke China, Thailand - Hartalega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623232083_FBREAKINDUSTRICOVID.jpg)
Penutupan kilang sarung tangan getah akibatkan pelanggan lari ke China, Thailand - Hartalega
Malaysia berdepan saingan kerana ketika ini pengeluar sarung tangan getah di China secara agresif meningkatkan kapasiti keluaran mereka.
![Saham Hartalega, Top Glove meningkat susulan WHO isytihar COVID-19 sebagai pandemik Saham Hartalega, Top Glove meningkat susulan WHO isytihar COVID-19 sebagai pandemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583989293_RubberIndustry.jpg)
Saham Hartalega, Top Glove meningkat susulan WHO isytihar COVID-19 sebagai pandemik
Saham syarikat pembuat sarung tangan getah, Hartalega Holdings Bhd dan Top Glove Corporation Bhd diniagakan tinggi hari ini.