KUALA LUMPUR: Peningkatan harga dan permintaan komoditi akibat perang Rusia-Ukraine yang turut menjejaskan bekalan banyak input penting pengeluaran bagi menjana ekonomi global, kini mula memaparkan impaknya terhadap data makro global dengan angka dagangan Malaysia dan Indonesia mencatat aliran kenaikan yang kukuh.
Menurut OCBC Bank, eksport Malaysia yang mencatat 25.4 peratus bagi tahun ke tahun pada Mac merupakan peningkatan daripada 10.4 peratus yang dijangkakan pasaran serta melangkaui 16.8 peratus tahun ke tahun yang direkodkan pada Februari.
Eksport Indonesia berkembang sebanyak 44.36 peratus tahun ke tahun yang jelas mengatasi jangkaan pasaran sekitar 25 peratus dan meningkat 34 peratus pada Februari manakala eksport perlombongan melonjak 143.9 peratus pada Mac, didorong oleh lonjakan permintaan terhadap komoditi seperti arang batu, minyak sawit, timah dan nikel.
"Ini sebaliknya turut memberi kejutan dari segi import. Malaysia menyaksikan importnya menghampiri 30 peratus berbanding 16.4 peratus manakala Indonesia mencatat 30.85 peratus berbanding jangkaan awal sebanyak 18.5 peratus.
"Perkembangan ini jelas menjadi petanda bahawa kedua-dua negara itu sedang mencatat pemulihan. Bagaimanapun, ini turut membabitkan faktor harga, terutamanya bagi Indonesia yang merupakan pengimport gandum dan kacang soya selain minyak," katanya.
OCBC berkata pengukuhan eksport tersebut dapat menampung kesan kenaikan import dengan lebihan imbangan dagangan dicatatkan oleh kedua-dua aspek terbabit.
"Keadaan ini amat penting khususnya bagi Indonesia yang mahu mengekalkan defisit akaun semasa dalam usaha meminimumkan impak daripada sebarang langkah memperketat ekonomi seperti tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
Malaysia menyaksikan importnya menghampiri 30 peratus berbanding 16.4 peratus. - Gambar hiasan/Bernama
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel
Iran dan Malaysia bekerjasama menerbitkan sebuah buku baharu yang mengupas isu kepincangan dalaman rejim Zionis, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa tidak jejas hubungan dagangan dengan AS - Anwar
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan AS.
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion
Matrade) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai (MIHAS@Dubai) dengan kejayaan luar biasa, dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.
Malaysia dipilih semula terajui Lembaga Pengarah SMIIC
Malaysia memenangi kerusi dalam pemilihan semula ahli Lembaga Pengarah SMIIC bagi penggal 2025-2027 pada Perhimpunan Agung Ke-19 SMIIC yang berlangsung pada 14 November lepas di Istanbul, Turkiye.
Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi
Malaysia memperkukuh komitmen menghadapi perubahan iklim melalui beberapa inisiatif yang konsisten bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim di COP29
Malaysia menempelak negara-negara maju yang sanggup membelanjakan trilion dolar untuk konflik dan peperangan tetapi menafikan pembiayaan tindakan iklim untuk negara membangun.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.