BERSAMA-SAMA pengenalan GPT-4o yang turut akan diperluaskan kepada pengguna ChatGPT percuma secara terhad, pihak OpenAI turut membuka akses kepada beberapa perkara baharu bagi pengguna percuma.

Di samping dapat menggunakan model GPT-4 yang lebih bijak dan cerdas, pengguna turut kini boleh melakukan perkara seperti menganalisa data daripada sesuatu carta, menghasilkan carta dengan mudah, serta bertanyakan sesuatu perkara berkenaan dengan gambar yang dimuat naik.

Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.

Pada masa yang sama, pengguna percuma boleh turut menggunakan GPTs – iaitu model dioptimasi yang dibangunkan pengguna lain untuk sesuatu tujuan, dan mengakses GPT Store untuk mencuba pelbagai GPTs yang diterbitkan pengguna lain.

Sebelum ini, ciri-ciri ini telah diperkenalkan kepada pengguna berbayar – dan kini OpenAI mengumumkan pengguna ChatGPT percuma turut boleh mengaksesnya kelak melalui penggunaan GPT-4o. -Amanz