KECERDASAN am buatan (AGI) ialah tahap seterusnya untuk kecerdasan buatan (AI) di mana ia akan melangkaui kesemua kemampuan manusia.
Penyelidik di DeepMind berkata terdapat lima tahap AGI dan tahap pertama telahpun dicapai oleh ChatGPT.
Tetapi Yann LeCun, ketua AI di Meta mengeluarkan kenyataan bahawa model bahasa raya (LLM) tidak akan mampu mencapai tahap AGI.
Dalam temu bual bersama Financial Times, LeCun berkata LLM hanya sekadar mempunyai kepintaran setanding seekor kucing.
Kekurangan LLM ialah ia amat bergantung kepada data ia dilatih. JIka data yang dilatih mempunyai kesilapan, AI sekadar akan hanya memuntahkan semula jawapan yang salah.
Tambah LeCun lagi, AI pada waktu ini tidak mempunyai kemampuan berfikir menggunakan logik yang mengehadkan kemampuan ia mencapai tahap AGI.
Beliau juga kurang pasti bilakah AGI akan dicapai serta bagaimana ia bukan dilakukan. Yang pasti menurut beliau, ia tidak boleh menerusi latihan menggunakan LLM semata-mata.
Masalah dengan AI yang menggunakan LLM semakin dapat dilihat dengan jelas akhir-akhir ini.
Tular di media sosial hari ini jawapan diberikan Google SGE yang menyarankan gam dimasukkan ke dalam keju untuk menghasilkan piza yang lebih pekat.
Jawapan tidak masuk akal ini diberikan kerana Google menggunakan data Reddit dan di laman tersebut jawapan jenaka menambahkan gam ke dalam keju tidak dapat dibezakan dengan jawapan yang serius. -Amanz
Amanz
Thu May 23 2024
Penyelidik di DeepMind berkata terdapat lima tahap AGI dan tahap pertama telahpun dicapai oleh ChatGPT. -Amanz
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Amazon tangguh pengenalan Alexa dikuasakan AI ke 2025
Amazon menangguhkan pengenalan Alexa AI ke tahun 2025 kerana menghadapi beberapa cabaran pembangunan.
ChatGPT kini beri cadangan carian ketika lakukan input
Buat masa ini, ia hanya terhad memaparkan cadangan bagi beberapa kata kunci sahaja, dan bukan untuk semua kata kunci.
Kerajaan tidak pernah bincang pengenalan cukai langganan ChatGPT - Fahmi
Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
OpenAI dilapor bekerjasama dengan Broadcom, TSMC untuk cip AI
OpenAI Dilaporkan Bekerjasama Dengan Broadcom Dan TSMC Untuk Cip AI
OpenAI rancang buka pejabat baharu di Singapura, kukuhkan pengaruh di Asia-Pasifik
OpenAI mengumumkan rancangan untuk membuka sebuah pejabat di Singapura tahun ini dan telah mula menubuhkan pasukan di negara itu.
Google bawa lebih banyak AI ke enjin carian dalam kemas kini 'signifikan'
Google mengumumkan beberapa kemas kini berkuasa kecerdasan buatan (AI) pada enjin carian mereka, menyifatkannya sebagai "antara kemas kini Carian paling signifikan setakat ini".
ChatGPT kini mempunyai lebih 11 juta pengguna berbayar
Perkongsian angka ini sekali gus memperlihatkan secara kasar OpenAI menjana $2.7 bilion melalui ChatGPT setiap tahun.
OpenAI perkenal model o1 dengan kebolehan penaakulan, jawab soalan lebih kompleks
Model ini dilihat membawakan sokongan penaakulan atau kebolehan berfikir lebih baik berbanding model ChatGPT yang lain.
Microsoft label OpenAI sebagai pesaing dalam arena AI, enjin carian
Perkara ini dilihat selari pengumuman OpenAI dalam arena enjin carian melalui SearchGPT.
OpenAI umum lima tahap ke arah AGI, kini sudah di tahap dua
Tahap 1 ialah chatbot seperti ChatGPT. Tahap 2 pula ialah sistem yang boleh menyelesaikan masalah asas pada tahap setanding pemegang PhD.