KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengadakan satu sidang media khas petang ini, difahamkan pada jam 2 petang, di Wisma FAM, Kelana Jaya. 

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu walaupun desas-desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya.

Pada masa sama, media Korea Selatan, Korea Football News menerusi akaun X mendakwa, ketua jurulatih Kim Pan-gon bakal meninggalkan Harimau Malaya.

Pan-gon, 55 tahun, telah membimbing pasukan kebangsaan Malaysia sejak 2022 dan membantu mencipta pelbagai kejayaan bersama skuad negara.

Antara lain, beliau terlibat membantu skuad kebangsaan beraksi di pentas Piala Asia 2023 dan Kelayakan Piala Dunia 2026.