Public Gold optimis pelaburan emas fizikal akan terus mendapat tempat di pasaran biarpun harga emas dunia kini berada dalam trend menurun.

Malah menurut pengeluar emas yang berpangkalan di Pulau Pinang itu, kemerosotan logam berharga itu memberi kelebihan kepada syarikat apabila lebih ramai pelanggan membelinya secara besar-besaran.

Syukor Hashi, Pengarah Urusan Public Dinar, Pengedar Perniagaan Emas Public Gold memberitahu jualan syarikat naik mendadak sebanyak 80 peratus sejak tahun lalu daripada RM300 juta kepada RM 600 juta.

Katanya pelabur tempatan kini sudah mula bijak apabila memilih emas sebagai instrumen pelaburan jangka panjang yang lebih terjamin.

Tambahnya, sejak nilai emas mula susut di pasaran sejak 2011 lalu, permintaan emas fizikal naik mendadak di seluruh dunia.

China umpamanya telah mengimport logam itu lebih 1000 tan untuk dijadikan sebagai sandaran simpanan negara.

Sementara itu Jonaina Nordin ,Pengedar Public Gold menggalakkan lebih ramai wanita supaya membeli emas fizikal kerana kos pelaburannya yang murah

Public Gold yang kini mempunyai 14 cawangan di seluruh negara mensasarkan untuk menjadi pusat sehenti emas fizikal dunia.