Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pengambilalihan tiga syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) lima tahun lepas tidak menyebabkan kenaikan tarif elektrik di negara ini.
Beliau berkata, malah, pengambilalihan itu membolehkan kerajaan menjimatkan berjuta-juta ringgit daripada segi kos.
Ketika menjawab kenyataan anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua baru-baru ini bahawa penjelasan beliau mengenai perkara itu di parlimen adalah tidak masuk akal, Ongkili berkata setiausaha publisiti kebangsaan DA itu seolah-olah mahu terus melemparkan tuduhan jahat terhadap kerajaan.
"Saya telah mengedarkan transkrip Hamsard ucapan penggulungan saya untuk kementerian saya di parlimen kepada media dua hari lepas sebagai tindak balas kepada kenyataan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu ketika membahaskan Bajet 2018 semasa persidangan Dewan Rakyat.
"Saya telah menyatakan bahawa pengambilalihan itu sebenarnya membantu mengurangkan tarif elektrik dan saya juga telah menjelaskan bahawa IPP terlibat dalam menyemak semula tarif untuk dikurangkan lima tahun lalu sebelum saya mengambil alih kementerian," kata beliau.
Ongkili diminta oleh pemberita selepas majlis makan tengah hari Parti Bersatu Sabah bersama media di sini pada Khamis untuk menghulas kenyataan Pua sselepas ucapan penggulungan menteri itu yang mendakwa Ongkili mengesahkan bahawa 1MDB tidak mempunyai peranan dalam mengurangkan tarif elektrik atau kos.
1MDB mengambilalih Powertek Energy Sdn Bhd (dahulunyaTanjong Energy Holdings Sdn Bhd), Stesen Janakuasa Kuala Langat (dahulu Genting Sanyen) dan Jimah Power pada 2012
Ongkili menegaskan bahawa kerajaan hanya akan berunding dengan IPP untuk mengurangkan tarif elektrik setiap kali ada semakan mengenai perkara tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2017
Ongkili menegaskan bahawa kerajaan hanya akan berunding dengan IPP untuk mengurangkan tarif elektrik setiap kali ada semakan mengenai perkara tersebut. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.