KUALA LUMPUR: Malaysia dalam persekitaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dan domestik yang lembap tahun ini perlu memberi tumpuan khusus ke atas sebarang peluang seperti pembukaan sempadan China, memandangkan republik itu merupakan rakan dagang utama negara.
Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra (MBA), Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berkata Malaysia tidak seharusnya ketinggalan dalam perkembangan berkaitan kerana ia menjadi kunci ke arah kestabilan serta daya tahan ekonomi dan banyak perniagaan Malaysia bergantung kepada produk yang dibekalkan China.
"Pembukaan semula China akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan pulih lebih cepat.
"Ia juga akan banyak membantu industri perhotelan dan pelancongan untuk bangkit semula kerana daripada segi perangkaan, pelancong China merekodkan ketibaan tertinggi di Malaysia," katanya kepada Bernama.
Berdasarkan data daripada Tourism Malaysia, sebelum pandemik, China adalah yang ketiga terbesar daripada segi ketibaan pelancong di Malaysia, dengan kira-kira 3.1 juta pelancong China telah melawat negara ini pada 2019 daripada 26.1 juta pelancong.
Walaupun majoriti rakyat Malaysia telah menerima suntikan vaksin serta penggalak dan lebih bersedia untuk mencegah jangkitan COVID-19, Ahmed Razman berkata Malaysia tidak boleh mengambil mudah perkara ini kerana terdapat kemungkinan krisis kesihatan berlaku semula di negara ini, akibat jangkitan bukan sahaja dari China tetapi juga dari negara lain.
"Oleh itu, saya berpendapat kerajaan boleh mengambil tindakan dan usaha bersepadu bagi memastikan tidak berlaku penularan varian baharu COVID-19. Ini boleh dibuat melalui saringan ketat ke atas ketibaan pelancong.
"Kerajaan tidak boleh bergantung kepada proses manual untuk memantau ketibaan pelancong tetapi sewajarnya menggunakan teknologi serta mekanisme yang sesuai dengan mewujudkan platform khusus atau bersepadu bagi membolehkan mana-mana individu atau organisasi yang berurusan dengan pelancong melaporkan sebarang insiden atau penularan varian baharu COVID-19," katanya.
Walaupun kerajaan berusaha untuk memastikan sebarang penularan wabak COVID-19 dapat dikesan dan dipantau dengan cepat di negara ini, perniagaan juga perlu memikul tanggungjawab bersama.
"Memandangkan pembukaan semula sempadan memberi kelebihan kepada mereka dalam perniagaan masing-masing, PKS perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang betul ketika berurusan dengan pelancong, sebagai contoh, masih terdapat keperluan bagi mengamalkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan pengangkutan awam," kata Ahmed Razman.
Sementara itu, Profesor dan Dekan Institut Pengajian Siswazah, Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Geoffrey Williams berkata pembukaan sempadan China akan meningkatkan perdagangan serta pelaburan di peringkat global dan serantau di Asia selepas tempoh sekatan pergerakan yang panjang selain dasar sifar COVID-19.
"Ini akan menjadi positif. Bagi Malaysia, China merupakan pasaran ketiga terbesar selepas Asean dan Singapura, yang mana eksport ke kedua-dua pasaran ini menokok sebanyak 25.3 peratus dan 26.4 peratus pada November, tetapi pertumbuhan eksport ke China hanya 4.3 peratus.
"Jadi terdapat banyak potensi pertumbuhan eksport apabila China dibuka," katanya.
Bagaimanapun, beliau ketika mengulas mengenai faktor negatif berkata kebimbangan mengenai varian baharu COVID-19 boleh memberi impak kepada pertumbuhan jika sekatan dikenakan.
Beliau menjelaskan kepentingan untuk tidak bertindak balas secara berlebihan dan belajar daripada pengajaran pandemik sebelum ini.
"Kadar vaksinasi yang tinggi dan tahap imuniti semula jadi yang meluas memberikan lebih banyak perlindungan kali ini berbanding sebelumnya dan mesti diambil kira sebelum kita mengenakan sekatan yang mungkin membawa kepada kerosakan ekonomi selanjutnya," kata Williams.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023

Berdasarkan data daripada Tourism Malaysia, sebelum pandemik, China adalah yang ketiga terbesar daripada segi ketibaan pelancong di Malaysia. - Gambar hiasan/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Sidec raih Anugerah Peluang/Keterangkuman Digital di WITSA Excellence Awards 2024
Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) berjaya meraih kemenangan bagi kategori Peluang/Keterangkuman Digital (Sektor Awam) di WITSA Excellence Awards 2024.

MTDC umum penyenaraian 3REN Berhad di Pasaran ACE Bursa Malaysia
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) hari ini mengumumkan syarikat pelaburannya, 3REN Berhad, bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia bermula 6 November ini.

Pembukaan China bentang peluang kepada pemulihan perniagaan
Pembukaan semula China akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan pulih lebih cepat, kata Ahmed Razman.