Jika anda mengikuti akaun Instagram kami, anda mungkin ada terbaca kami gambarkan tayar DuraPlus daripada Goodyear sebagai ‘ramah pasca-GST’. Ini kerana tayar ini direka untuk menyediakan ketahanan tinggi – sejauh 100,000km!
Mungkin anda anggap ini ‘trick’ pemasaran, tetapi sebagai salah seorang yang pernah menggunakan DuraPlus yang terdahulu, editor Drebar.my dapat mengakui ketahanan tayar ini. Mengikut perkiraan Goodyear, 100,000km mampu untuk membawa anda (andaikan perjalanan ini satu kemungkinan) dari KL ke London, kemudian Rio, Dubai, Sydney, New Delhi, Las Vegas, Kaherah, Tokyo, Paris dan balik ke KL.
Bagaimana?
Dengan nama Assurance DuraPlus baharu, tayar ini mampu memberi ketahanan yang ada dengan ciri lasak yang diberikan penggunaan Kevlar (bahan yang sama digunakan di dalam jaket kalis peluru).
Di samping itu, ia juga mempunyai teknologi TredLife dengan unsur-unsur seperti berikut:
- Kompaun tayar termaju berasaskan karbon dengan kandungan karbon lebih tinggi untuk memberi ketahanan yang diperlukan.
- Corak alur yang lebih besar melalui bentuk kaviti optima. Ini menambah jumlah permukaan tayar yang menyentuh permukaan jalan, juga menambah ketahanan tayar.
- Jumlah permukaan tayar yang menyentuh jalan maksima melalui alur tayar yang lebih dalam.
Saiz |
165/55 R14 |
185/60 R14 |
185/65 R14 |
185/70 R14 |
195/70 R14 |
195/60 R15 |
195/65 R15 |
Harga untuk Assurance DuraPlus baharu ini bermula dari RM226 dan hingga RM325 termasuk GST.
“Kami faham yang ada pemandu yang mencari tayar yang boleh membawa mereka lebih jauh dengan kurang masalah. Assurance DuraPlus baharu ini direka khusus untuk pembeli seperti ini,” kata Varinderjit Singh, pengarah urusan Goodyear Malaysia sewaktu acara pelancaran tayar ini.
Juga menarik adalah program ‘Worry Free Assurance’ yang dihasilkan Goodyear Malaysia untuk beberapa tayar keluaran mereka, termasuk Assurance DuraPlus. Mengikut program ini, memberi perlindungan kepada tayar ini daripada bahaya atas jalanraya seperti kebocoran, terpotong dan hentakan yang terjadi sewaktu pemanduan biasa di atas jalan raya.
Jaminan ini aktif selama 6 bulan selepas pembelian. Jika berlaku kerosakan pada tayar dalam waktu itu, dan tayar masih lagi mempunyai corak sekurang-kurangnya sedalam 6.7mm, pengguna akan diberikan tayar gantian dengan percuma.
Jika kerosakan berlaku ketika tayar mempunyai corak dengan kedalaman antara 5.5mm hingga 6.6mm, pengguna akan menerima kredit apabila membeli tayar Goodyear dengan saiz dan rekaan yang sama.