KUALA LUMPUR: Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih untuk ekuiti tempatan di Bursa Malaysia minggu lepas walaupun aliran masuk telah menurun kepada RM6.6 juta daripada RM14.0 juta bersih yang dibeli pada minggu sebelumnya.
Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata para pelabur memulakan urus niaga minggu lepas sebagai pembeli bersih, memperoleh RM20.8 juta bersih ekuiti tempatan pada hari Isnin dan seterusnya sebanyak RM96.6 juta pada hari Selasa - aliran masuk dana asing harian tertinggi sejak 18 Jun tahun ini.
"Nampaknya kelonggaran sekatan pergerakan terbaru bagi individu yang telah mendapat vaksin lengkap menghidupkan kembali pergerakan tematik yang berkaitan dengan pemulihan ekonomi dan ini terbukti dengan kenaikan harga saham membabitkan kaunter seperti Press Metal Aluminium Bhd, saham perbankan dan perladangan," katanya kepada Bernama.
Adam berkata pembelian bersih asing berterusan untuk hari keempat berturut-turut pada Rabu, menyaksikan pelabur luar pesisir membeli sejumlah RM31.8 juta bersih ekuiti tempatan.
Beliau berkata indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.1 peratus kepada 1,525.2 mata pada hari Rabu, bergerak seiring dengan trend menaik kebanyakan bursa serantau Asia yang lain kerana pelabur berusaha mencuba mempertimbangkan antara pembukaan semula ekonomi dan ancaman daripada varian Delta COVID-19 yang sangat mudah menular.
Bagaimanapun, kegiatan membeli berakhir pada Khamis dengan pelabur antarabangsa melupuskan sebanyak RM119.5 juta bersih ekuiti tempatan.
Ini sekali gus menyaksikan indeks FBM KLCI mengakhiri hari urus niaga Khamis dengan 0.7 peratus lebih rendah kepada 1,515.0 mata, sama seperti kerugian yang dipamerkan oleh rakan bursa Asia yang lain seperti Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun, katanya.
"Pasaran Asia agak terganggu apabila minit mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada bulan Julai menyatakan penghapusan rangsangan boleh berlaku tahun ini.
"Ini menyebabkan beberapa pelabur keluar daripada pasaran ekuiti dan mendapatkan aset yang lebih selamat," jelasnya.
Adam menyatakan jualan bersih berterusan pada hari Jumaat tetapi pada kadar yang lebih perlahan sebanyak RM23.1 juta bersih dan berpendapat pelabur telah mula tenang menjelang pengumuman pelantikan perdana menteri baharu Malaysia lewat hari itu.
Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan mengenai pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia hanya beberapa minit sebelum pasaran ditutup pada hari berkenaan.
Setakat ini, pelabur antarabangsa telah menjual sejumlah RM430.5 juta bersih ekuiti tempatan bulan ini.
Berdasarkan dari awal tahun sehingga kini pula, penjualan bersih asing di Bursa berjumlah RM6.0 bilion bersih.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021
![Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih, catat aliran masuk RM6.6 juta minggu lepas Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih, catat aliran masuk RM6.6 juta minggu lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628734951_BURSAMALAYSIA.jpg)
Kegiatan membeli berakhir pada Khamis dengan pelabur antarabangsa melupuskan sebanyak RM119.5 juta bersih ekuiti tempatan. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715419329_TBUMARSWIFT.jpg)
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
![Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM1.5 bilion minggu lalu, tertinggi sejak Mac 2016 Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM1.5 bilion minggu lalu, tertinggi sejak Mac 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658464666_MIDF.jpg)
Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM1.5 bilion minggu lalu, tertinggi sejak Mac 2016
Pelabur asing menjadi pembeli bersih ekuiti di Malaysia bernilai RM1.50 bilion untuk minggu ketiga berturut-turut.
![Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718858816_Zafrul.jpg)
Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul
Pengukuhan ringgit mencerminkan asas ekonomi dan dasar negara yang padu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
![Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721026185_AkmalNasirExcoJo.jpg)
Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Kadar tarif elektrik yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara antara tarikan buat pelabur asing masuk ke Malaysia.
![Pelabur asing beli bersih ekuiti domestik RM478.2 juta minggu lepas Pelabur asing beli bersih ekuiti domestik RM478.2 juta minggu lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721012987_pembangunanconstru.jpg)
Pelabur asing beli bersih ekuiti domestik RM478.2 juta minggu lepas
Majoriti belian bersih itu dicatat pada Khamis dengan nilai RM389.2 juta apabila MPC BNM memutuskan OPR kekal pada 3 peratus.
![Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716542201_MalaysiaEkonomi.jpg)
Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan
Bank Negara Malaysia akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.
![Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih ekuiti RM394.5 juta minggu lepas - MIDF Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih ekuiti RM394.5 juta minggu lepas - MIDF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720505487_BURSAMALAYSIA.jpg)
Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih ekuiti RM394.5 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lepas selepas penjualan bersih selama dua minggu.
![Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716257424_ChowKonYeow.jpg)
Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.
![Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714963826_PMjpg.jpg)
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.