KUALA LUMPUR: Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menggesa kerajaan mengawal jumlah syarikat diberi permit import (AP) terbuka untuk memastikan industri automotif kekal berdaya saing.
Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin, berkata langkah sedemikian adalah penting supaya pelaksanaan dasar berkenaan membawa manfaat yang diharapkan.
"Jumlah syarikat AP terbuka harus dikawal rapi untuk memastikan industri automotif kekal kompetitif. Ini penting bagi mengelakkan lambakan syarikat yang mungkin tidak berdaya saing dalam pasaran.
“Pemilihan yang teliti perlu dilakukan untuk memastikan hanya syarikat-syarikat yang mampu menyumbang positif kepada industri automotif yang diberi peluang, dengan penekanan kepada kualiti berbanding kuantiti," kata beliau dalam kenyataan.
Beliau juga menekankan bahawa keutamaan perlu diberikan kepada pemain industri yang telah menunjukkan keupayaan dan pengalaman dalam bidang automotif.
"Keutamaan harus diberikan kepada syarikat-syarikat yang benar-benar layak dari segi pengalaman dan modal," tambahnya lagi.
Nazari turut melahirkan kebimbangan sekiranya syarikat-syarikat yang dilantik tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi, yang boleh mengakibatkan kerugian besar kerana kenderaan import terpakai mempunyai kadar susut nilai yang tinggi.
"Pekema bimbang sekiranya syarikat yang dilantik tiada pengalaman ini boleh mengakibatkan syarikat mengalami kerugian kerana kereta import terpakai ada susut nilai yang ketara," jelas beliau.
Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan langkah kerajaan untuk melantik lebih banyak syarikat AP terbuka dikaji semula sebelum dilaksanakan sepenuhnya.
Beliau mengulas pengumuman dasar baharu oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) mengenai pelaksanaan Dasar AP Terbuka yang lebih telus dan inklusif, berkuat kuasa 1 Julai 2024.
Dasar itu membolehkan mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, untuk memohon menjadi syarikat AP terbuka.
Menurut kenyataan MITI, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan keterangkuman dan ketelusan dalam proses permohonan AP terbuka.
Dasar ini dijangka akan menarik lebih banyak syarikat bumiputera untuk berkecimpung dalam industri automotif, menjadikan segmen ini lebih kompetitif dan berdaya saing.
Astro Awani
Wed Jun 19 2024

Pekema mencadangkan langkah kerajaan untuk melantik lebih banyak syarikat AP terbuka dikaji semula sebelum dilaksanakan sepenuhnya. - Gambar hiasan

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.

Pekema anjur larian amal, sumbang keperluan pendidikan
PEKEMA Go Green Charity Run 2024 yang buat julung kali diadakan mendapat sambutan luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat.

CADB, NMSB tandatangani MoU, teroka kerjasama teknikal CKD strategik EV
Malaysia berpeluang menjadi pusat serantau untuk pengeluaran dan pemasangan kenderaan elektrik (EV) Dongfeng Box buatan Dongfeng Motor (DFM).

Pekema saran kawalan ketat pemberian AP terbuka
Pekema menggesa kerajaan mengawal jumlah syarikat diberi permit import (AP) terbuka untuk memastikan industri automotif kekal berdaya saing.

Pekema mohon MITI tambah AP kenderaan import terpakai
Pekema mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menaikkan bilangan permit import (AP) kenderaan terpakai.

Pemegang AP nafi dapat 'keuntungan melampau' jual EV - Pekema
Katanya, margin keuntungan yang diambil pengimport berbanding harga kilang ketika menjual semula kereta tersebut di Malaysia adalah normal.

PEKEMA gesa kerajaan segera ratifikasi CPTPP
Melalui pelaksanaan Perjanjian ini, Malaysia bakal mendapat manfaat akses pasaran baharu di Kanada, Mexico dan Peru.

Pemansuhan AP Terbuka jejas penggiat industri, pendapatan negara - Pekema
Pemansuhan AP Terbuka bagi kenderaan terpakai yang dijadualkan Disember ini tidak hanya menjejaskan kalangan penggiat industri kereta berkenaan tetapi turut memberi kesan terhadap pendapatan negara.

BAJET 2015: Hapus Levi AP untuk harga kereta lebih murah - PEKEMA
Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mencadangkan supaya kerajaan menimbang untuk menghapuskan levi sebanyak RM10,000 untuk permit import (AP) terbuka.