Panasonic (M) Sdn Bhd mensasarkan peningkatan hasil sebanyak 30 peratus kepada RM130 juta daripada perniagaan sistem penyelesaiannya dalam tahun ini, didorong oleh lima kategori industri yang utama, kata Timbalan Pengarah Urusan Hiroyuki Muto.
Lima kategori itu adalah pembangunan hartanah, pendidikan, hospitaliti, runcit, penyiaran dan perfileman, katanya kepada pemberita semasa majlis pelancaran produk perniagaan sistem penyelesaian syarikat itu di sini hari ini.
"Tidak seperti pembekal barangan elektrik dan elektronik yang lain, Panasonic menawarkan pelbagai penyelesaian perniagaan yang bersepadu.
"Ini akan membantu perniagaan untuk menjalankan operasi melangkaui sempadan antarabangsa di samping meningkatkan produktiviti serta mengurangkan jumlah kos pemilikan," kata Hiroyuki.
Pada majlis itu, lapan produk telah diperkenalkan oleh Panasonic sebagai tambahan kepada barisan produk sistem penyelesaiannya.
Produk-produk itu terdiri daripada pelayan komunikasi, sistem sidang video definisi tinggi, perisian pengurusan video, projektor, pengimbas dan kamera.
"Kami juga menawarkan perkhidmatan profesional kepada pelanggan termasuk khidmat rundingan, reka bentuk sistem, demonstrasi, integrasi produk dan penggunaan," kata Ketua Negara Sistem Penyelesaian Panasonic, Seelan Kandasamy.
Mengenai perkongsiannya dalam kategori produk, Seelan berkata Panasonic menerajui segmen komunikasi dan audio profesional, serta dalam kategori video, manakala segmen televisyen litar tertutup (CCTV) syarikat itu berada di tempat kedua.
"Kami mahu menjadi pemimpin kategori CCTV dalam masa terdekat kerana perbezaan dalam perkongsian pasaran hanya 0.5 peratus," katanya.
Bernama
Tue Aug 16 2016
Panasonic menerajui segmen komunikasi dan audio profesional, serta dalam kategori video, manakala segmen televisyen litar tertutup (CCTV) syarikat itu berada di tempat kedua. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Panasonic sasarkan hasil RM130 juta daripada bisnes sistem penyelesaian
Panasonic (M) Sdn Bhd mensasarkan peningkatan hasil sebanyak 30 peratus kepada RM130 juta daripada perniagaan sistem penyelesaiannya dalam tahun ini, didorong oleh lima kategori industri yang utama.