KUALA LUMPUR: HUAWEI julung kalinya melancarkan pameran HUAWEI XMAGE di Malaysia dengan tema ‘A Heartwarming World, 12 Years of Huawei Photography’ menandakan pameran fotografi terbesar dalam sejarahnya.
Pameran itu turut menampilkan pertandingan tahunan HUAWEI XMAGE Awards yang menjadi platform bagi meraikan kecemerlangan hasil karya teknologi pengimejan XMAGE terkemuka HUAWEI.
Karya fotografi terpilih daripada berjuta penyerahan oleh pengguna HUAWEI di seluruh dunia telah dipamerkan pada pameran tersebut bagi memberi inspirasi kepada pengguna dalam mengolah kreativiti dan imaginasi mereka selaras dengan falsafah ‘The Power of Image’.
Pameran tersebut menampilkan karya daripada siri telefon pintar HUAWEI yang menjangkau 12 tahun yang lalu melalui enam seksyen berbeza termasuk The Power of Moments, Secret of Mother Nature, Landscapes and Spaces, A Dialogue With Animals, Me and You, dan The World of Youth.
Menurut Naib Presiden Barisan Produk Telefon Pintar HUAWEI Consumer Business Group, Lichangzhu, Pameran Global XMAGE melambangkan komitmen HUAWEI untuk menggabungkan teknologi dengan seni serta memperkasakan individu untuk menerima inovasi.
"XMAGE ialah platform global yang menggalakkan pengguna di seluruh dunia untuk merakam, berkongsi tentang kehidupan, memberi inspirasi, meluahkan emosi dan menikmati keseronokan fotografi.
“Setiap imej yang dipamerkan merangkumi naratif dalam merapatkan budaya dan memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang dunia kita yang pelbagai,” katanya pada pameran HUAWEI XMAGE yang berlangsung di ibu negara pada Khamis.
Turut hadir selebriti tempatan seperti Hael Husaini, Marsha Milan dan Ain Edruce yang menggayakan siri terbaharu HUAWEI Pura 70 Series dengan pelbagai warna dan reka bentuk elegan.
Sementara itu, jurugambar dan pengguna telefon pintar HUAWEI, Abeden Mung turut berkongsi pengalaman menggunakan siri HUAWEI Pura 70 Ultra yang mempunyai ciri canggih.
Ia termasuk Ultra Speed Snapshot yang mampu merakam momen pantas dengan mudah, Ultra-Lighting Pop-Out Camera mencipta sistem pengimejan unik, dan Ultra Lighting Super Macro bagi mengekalkan ketajaman dan memberikan butiran gambar yang jelas.
Salah satu peranti dalam siri tersebut iaitu HUAWEI Pura 70 Ultra juga memperoleh 163 skor seterusnya meletakkan kedudukan paling tinggi bagi kamera telefon pintar oleh DXOMARK.
Kesemua siri ini dihasilkan dengan bahan tahan lasak seperti kaca Kunlun generasi kedua pada HUAWEI Pura 70 dan HUAWEI Pura 70 Pro, serta kaca Kunlun Crystal Armor pada HUAWEI Pura 70 Ultra.
Penggemar telefon pintar kini boleh mendapatkan HUAWEI Pura 70 pada RM3,699, RM4,899 bagi HUAWEI Pura 70 Pro dan RM6,599 untuk HUAWEI Pura 70 Ultra di semua rangkaian HUAWEI, laman web rasmi HUAWEI , Shopee dan Lazada.
Oleh itu, orang ramai boleh memanfaatkan teknologi daripada siri terbaharu ini dengan menyertai HUAWEI XMAGE Awards Malaysia 2024 yang kini sudah dibuka sehingga 31 Julai 2024 di laman web rasmi HUAWEI XMAGE 2024.
XMAGE Awards Malaysia tahun ini memperkenalkan kategori baharu iaitu momen, wajah, sejauh ini dan gaya dengan hadiah wang tunai terkumpul sehingga RM44,000.
Anugerah baharu seperti Siri Terbaik Pura dan Siri Mate Terbaik telah diperkenalkan untuk menggalakkan pengguna meneroka pelbagai bentuk dan tema ekspresif menggunakan keupayaan pengimejan perdana Huawei.
“Setiap detik diambil menjadi karya agung, membuatkan proses pemilihan menjadi rumit dengan lambakan imej yang menakjubkan,” tambah Lichangzhu.
Juga menampilkan panel juri termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen & Primeworks Studios Media Prima, Nini Yusof; jurugambar, Abeden Mung dan Bibo Aswan serta Naib Presiden Barisan Produk Telefon Pintar HUAWEI Consumer Business Group, Li Changzhu.
Amzar Alif
Mon May 27 2024
Pendaftaran untuk HUAWEI XMAGE Awards 2024 kini dibuka dan penyertaan bakal ditutup pada 31 Julai 2024, jam 23:59 petang. - Gambar HUAWEI
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Disember 2024
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
Framing sustainable business as a gift for the future
Reflecting on 2024, businesses can turn key learnings into actionable steps to make sustainability a central part of their plans for the year ahead. Hoe can businesses can integrate sustainability into daily operations, making it a consistent driver of growth and positive change. Together with Associate Consultant at Tata Consultancy Services, Wan Dazriq explores on forward-thinking strategies for a sustainable and innovative 2025.
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad Twelve 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
HarmonyOS Next akan ditawarkan bermula minggu ini di China
Sistem operasi HarmonyOS Next ini akan ditawarkan untuk pengguna Mate 60, Mate X5 dan juga tablet MatePad Pro 13.2 di China terlebih dahulu.
Siri HUAWEI WATCH GT 5, WATCH Platinum dilancar - alat hebat serlah gaya, kesejahteraan
Direka untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup manusia yang luas, jam pintar ini membawakan teknologi terkini, reka bentuk bergaya, dan paling utama - ciri-ciri pengurusan kesihatan yang lebih maju.
Malaysia alu-alu kerjasama syarikat telekomunikasi dengan media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
Huawei umum pelancaran produk baharu 10 September ini
Besar kemungkinan peranti skrin tri-lipat dan siri Mate 70 akan diumumkan pada acara ini.
Huawei perkenal Harmony Intelligence – Sokongan AI yang bakal diintegrasi pada peranti
Harmony Intelligence akan ditawarkan melalui peranti keluaran Huawei, selain disertakan bersama-sama dengan pembantu maya berasaskan input suara, dinamakan Celia.
HarmonyOS kini sistem operasi mudah alih kedua paling popular di China, atasi Apple iOS
HarmonyOS mempunyai pegangan pasaran sebanyak 17%, dan diikuti oleh iOS dengan pegangan sebanyak 16%.
Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.