KUALA LUMPUR: Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu perlu dilihat secara menyeluruh seiring proses pemulihan ekonomi negara.
Selain bakal berlaku kenaikan kepada pembiayaan boleh ubah, kenaikan OPR bakal memberi impak positif kepada pendeposit tetap.
"Mereka ini (pendeposit tetap) bakal menikmati pulangan yang lebih tinggi akibat daripada kenaikan OPR tersebut.
"Maksudnya, bagi mereka yang ingin menyimpan, mungkin ada duit lebihan dan hendak simpan dalam tempoh sebulan, dua, tiga bulan atau setahun, mereka bakal menikmati kadar keuntungan yang lebih menarik lagi.
"Kalau kita lihat tempoh matang deposit tetap selama 12 bulan, kalau tidak silap saya kadarnya adalah sekitar 1.8 peratus atau 2.0 peratus.
"Dengan kenaikan OPR ini, maka pulangan kepada deposit tetap ini bakal dinaikkan seiring kenaikan OPR," katanya ketika ditemu bual Niaga AWANI pada Khamis.
BACA: BNM naikkan OPR kepada 2.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM memutuskan untuk meningkatkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.0 peratus dalam mesyuarat MPC pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, BNM memaklumkan kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut meningkat masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.
Peningkatan itu bagaimanapun tidak dijangkakan sebelum ini, apabila pakar-pakar ekonomi rata-rata mengunjurkan OPR akan kekal pada 1.75 untuk suku tahun ini, seperti dalam tinjauan yang dilakukan oleh organisasi media seperti Astro AWANI, Reuters dan Bloomberg.
Harits Asyraf Hasnan
Thu May 12 2022

Selain bakal berlaku kenaikan kepada pembiayaan boleh ubah, kenaikan OPR bakal memberi impak positif kepada pendeposit tetap. - Gambar hiasan/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.

OPR naik, ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan itu naik kepada 4.4525/4580 berbanding dolar AS daripada 4.4640/4640 pada akhir urus niaga semalam.

OPR naik: Siapa untung? Siapa rugi?
Selain bakal berlaku kenaikan kepada pembiayaan boleh ubah, kenaikan OPR bakal memberi impak positif kepada pendeposit tetap.