KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan tidak dijangka Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.
Pada 6 petang, unit tempatan itu naik kepada 4.4525/4580 berbanding dolar AS daripada 4.4640/4640 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berdasarkan kenyataan BNM, kenaikan kadar dasar semalaman atau OPR pada 3.00 peratus itu adalah sesuatu yang telah dijangkakan bagi tahun ini.
"Kami melihatnya sebagai positif dalam keadaan OPR kembali normal dan bank pusat mempunyai ruang dasar lebih ketara untuk memberi respons terhadap kejutan ekonomi di masa depan," katanya kepada Bernama.
BNM berkata paras 3.00 peratus itu mengembalikan kadar faedah utama tersebut ke paras sebelum krisis dan selaras dengan keadaan ekonomi yang lebih kukuh.
"Adalah penting untuk memastikan OPR berada pada tahap wajar bagi membendung isu yang boleh timbul daripada tempoh kadar faedah rendah berpanjangan seperti terlalu banyak pinjaman. Kami akan memastikan OPR ini menyokong pertumbuhan mampan dan pada masa sama terus mengawal inflasi," kata BNM dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, kalangan pelabur kini menunggu pengumuman Jawatankuasa Dasar Terbuka Persekutuan AS lewat hari ini yang turut dijangka mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.
Mohd Afzanizam menyifatkan sebarang pendirian Rizab Persekutuan (Fed) AS yang cenderung kepada kadar faedah lebih rendah sebaliknya akan memacu kenaikan ringgit dalam masa terdekat.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.2833/2876 daripada 3.2388/2402 semalam, susut berbanding pound Britain pada 5.5727/5796 daripada 5.5632/5636 serta rendah berbanding euro kepada 4.9156/9216 daripada 4.8902/8906 pada Selasa.
Unit tempatan itu bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.
Ia mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.05/8.07; tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 3.303/303.5; rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3420/3463 daripada 3.3411/3414 dan susut berbanding baht Thailand pada 13.0817/1037 daripada 13.0423/0478.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023

Pada 6 petang, unit tempatan itu naik kepada 4.4525/4580 berbanding dolar AS daripada 4.4640/4640 pada akhir urus niaga semalam. - Gambar fail/Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.

OPR naik, ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan itu naik kepada 4.4525/4580 berbanding dolar AS daripada 4.4640/4640 pada akhir urus niaga semalam.

OPR naik: Siapa untung? Siapa rugi?
Selain bakal berlaku kenaikan kepada pembiayaan boleh ubah, kenaikan OPR bakal memberi impak positif kepada pendeposit tetap.