KUALA LUMPUR: Tumpuan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam penetapan dasar monetari masa kini adalah bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal mampan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research (MIDF Research).
Ini boleh dilihat menerusi keputusan mesyuarat kedua 2023 Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis apabila BNM bertindak mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus yang seiring dengan jangkaan pasaran.
Malah, MIDF Research berpendapat bank pusat itu lebih terarah kepada pendekatan 'tunggu dan lihat' bagi menilai prestasi pasaran selepas melaksanakan kenaikan sebanyak 100 mata asas (bps) tahun lepas kepada 2.75 peratus daripada paras terendah dalam sejarah iaitu 1.75 peratus sejak 7 Julai, 2020.
"Namun, kami yakin kemungkinan normalisasi dasar monetari seterusnya masih ada berikutan data ekonomi domestik yang terus memaparkan momentum positif.
"Dalam aliran kenaikan inflasi teras serta permintaan domestik yang kukuh daripada jangkaan, kami juga mengunjurkan BNM akan mengembalikan paras itu ke tahap pra-pandemik iaitu 3.00 peratus dalam separuh pertama 2023," katanya dalam nota tinjauannya pada Khamis.
MIDF Research juga menjangkakan BNM akan menormalkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) kepada 3.00 peratus tahun ini selepas dikurangkan kepada 2.00 peratus sejak Mac 2020.
Bagaimanapun, katanya, keputusan itu tertakluk kepada elemen seperti kestabilan pertumbuhan ekonomi, kadar kenaikan harga serta keadaan makroekonomi, terutama pemulihan berterusan dalam pasaran tenaga kerja dan peningkatan permintaan domestik.
"Dari sudut pandang jangka sederhana, normalisasi dasar itu perlu bagi mengelak risiko yang boleh menjejaskan prospek ekonomi di masa depan seperti kenaikan inflasi yang ketara serta peningkatan hutang isi rumah," katanya.
Mengulas prestasi ringgit, MIDF Research mengunjurkan unit tempatan itu akan mengukuh purata RM4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan seterusnya mengakhiri 2023 pada RM4.00 biarpun pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka menaikkan lagi kadar faedahnya pada tahun ini.
"Jika dilihat secara asasnya, ringgit berada dalam kedudukan baik ketika ekonomi domestik kekal dalam momentum meningkat. Ini berikutan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport bersih petroleum mentah, gas asli cecair dan minyak sawit yang meraih manfaat daripada peningkat harga komoditi di peringkat global.
"Pada masa sama, pembentangan semula Belanjawan 2023 juga memaparkan hala tuju fiskal negara ini yang lebih jelas, khususnya di bawah pentadbiran kerajaan baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
![OPR: Keputusan BNM pastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan - MIDF Research OPR: Keputusan BNM pastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan - MIDF Research](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678077905_midfresearch.jpg)
MIDF Research menjangkakan BNM akan menormalkan SRR kepada 3.00 peratus tahun ini selepas dikurangkan kepada 2.00 peratus sejak Mac 2020. - Foto MIDF
![Naib Presiden Gerakan didakwa pecah amanah wang KABA Naib Presiden Gerakan didakwa pecah amanah wang KABA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723187263_NaibPresidenGeraka.jpg)
Naib Presiden Gerakan didakwa pecah amanah wang KABA
Naib Presiden Gerakan, Yap Kim Heng berhadapan enam pertuduhan pecah amanah melibatkan wang KABA berjumlah RM15,950.
![PM Anwar mahu badan berkanun lebih telus, lakukan anjakan paradigma PM Anwar mahu badan berkanun lebih telus, lakukan anjakan paradigma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723185698_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu badan berkanun lebih telus, lakukan anjakan paradigma
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu badan berkanun persekutuan melakukan anjakan paradigma dan bersifat lebih telus.
![Bulan Kebangsaan MY-SG: Mengurus pembangunan tanah secara hemat dan mampan Bulan Kebangsaan MY-SG: Mengurus pembangunan tanah secara hemat dan mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/51505487661_SingaporeCircuit.jpg)
Bulan Kebangsaan MY-SG: Mengurus pembangunan tanah secara hemat dan mampan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, melaporkan pendekatan Singapura membangunkan sumber tanah dengan hemat.
![Hilang barang kes: Tiga anggota polis dibebaskan dengan jaminan Hilang barang kes: Tiga anggota polis dibebaskan dengan jaminan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723185809_tbHanyanRamlan.jpg)
Hilang barang kes: Tiga anggota polis dibebaskan dengan jaminan
Tiga anggota polis yang direman berhubung kehilangan barang kes di stor penyimpanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman telah dibebaskan dengan jaminan polis.
![Pelaburan tambahan Infineon bukti keyakinan terhadap dasar negara - PM Anwar Pelaburan tambahan Infineon bukti keyakinan terhadap dasar negara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723185793_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pelaburan tambahan Infineon bukti keyakinan terhadap dasar negara - PM Anwar
Dasar ekonomi negara yang jelas dan kestabilan politik menjadi antara faktor yang menarik syarikat Infineon Technologies AG (Infineon) untuk mengumumkan pelaburan tambahan di Malaysia.
![Pekerja kontrak mengaku rogol gadis bawah umur tiga kali Pekerja kontrak mengaku rogol gadis bawah umur tiga kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723187215_TBRogol.jpg)
Pekerja kontrak mengaku rogol gadis bawah umur tiga kali
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang perempuan berusia 16 tahun di dalam sebuah bilik hotel di Medan Pengkalan Impian.
![Pestabola Merdeka tanpa 'chant' Ultras Malaya Pestabola Merdeka tanpa 'chant' Ultras Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723178620_Pestabolatanpach.jpg)
Pestabola Merdeka tanpa 'chant' Ultras Malaya
Perjuangan skuad bola sepak negara dalam saingan Pestabola Merdeka 2024 berkemungkinan besar tanpa dibarakan 'chant' Ultras Malaya.
![Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran, polis minta anak lelaki bantu siasatan Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran, polis minta anak lelaki bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723182962_Pasanganwargaemas.jpg)
Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran, polis minta anak lelaki bantu siasatan
Menurut polis, lelaki berumur 48 tahun yang dikenali sebagai Azman Mohamed difahamkan berada di lokasi kejadian sebelum gagal dikesan.
![Darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia Darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723183143_RussiasLipetskreg.jpg)
Darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia
Gabenor Lipetsk, Igor Artamonov, mengumumkan pemindahan empat komuniti tempatan bagi memastikan keselamatan awam.
![Polis siasat pemilik akaun X 'Syedewa' kerana mengaibkan imej polis Polis siasat pemilik akaun X 'Syedewa' kerana mengaibkan imej polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis siasat pemilik akaun X 'Syedewa' kerana mengaibkan imej polis
ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata siasatan dilakukan terhadap akaun yang menggunakan nama 'Syedewa' selepas aduan diterima pagi semalam.
![1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan 1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704855136_KWSP.jpg)
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
![AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684752584_ZafrulAziz.jpg)
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
![Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693196728_penorehgetahsik.jpg)
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
![Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694015898_TBKhairy.jpg)
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
![[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir' [KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694414118_KSPRMKPMAnwar.jpg)
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
![[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara [KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81690861845_AnwarIbrahim.jpg)
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
![Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691118121_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
![Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677237917_Penorehgetah.jpg)
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
![Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690716929_TBRafiziRamli.jpg)
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
![Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690100636_TBProgramKayuhanMega.jpg)
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.