KUALA LUMPUR: Operasi Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Selasa, 18 Mac, 2025 sempena cuti umum Nuzul al-Quran di wilayah Persekutuan dan beberapa negeri di Malaysia.

Dagangan akan disambung semula pada Rabu, 19 Mac.

"Bagaimanapun, pasaran utama Bursa Gold Dinar dan Bursa Suq Al-Sila akan kekal beroperasi untuk dagangan pada cuti umum itu," jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.

-- BERNAMA