KUALA LUMPUR: Nilai kerja sektor pembinaan Malaysia melonjak sebanyak 9.6 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2023 untuk mencatatkan sejumlah RM33.4 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata nilai kerja sektor pembinaan terus mengekalkan momentum positif untuk suku keenam berturut-turut (suku kedua 2023: 8.1 peratus).
"Momentum ini dipacu oleh pertumbuhan dua digit dalam subsektor kejuruteraan awam yang meningkat 17.1 peratus (suku kedua 2023: 10.4 peratus) serta peningkatan ketara dalam aktiviti pertukangan khas sebanyak 16.2 peratus (suku kedua 2023: 9.8 peratus)," katanya dalam Statistik Pembinaan Suku Tahunan, Malaysia, Suku Ketiga 2023.
Beliau berkata bangunan kediaman turut menyumbang kepada pertumbuhan dengan merekodkan sebanyak 7.9 peratus (suku kedua 2023: 6.9 peratus).
Pada masa yang sama, subsektor bangunan bukan kediaman mengalami penurunan marginal sebanyak 0.7 peratus berbanding pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus pada suku tahun sebelumnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata daripada RM33.4 bilion dicatatkan pada suku ketiga 2023, sejumlah RM13.5 bilion atau 40.5 peratus daripada nilai kerja sektor pembinaan adalah dalam kejuruteraan awam.
Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh aktiviti pembinaan jalan raya dan landasan kereta api dengan pertambahan sebanyak 22.1 peratus atau berjumlah RM7.4 bilion.
Sementara itu, nilai kerja pembinaan bagi bangunan bukan kediaman dan bangunan kediaman, masing-masing sebanyak RM9.2 bilion (27.5 peratus) dan RM7.3 bilion (21.9 peratus).
Aktiviti pertukangan khas menyumbang RM3.4 bilion (10.0 peratus), terutamanya dalam aktiviti pemasangan sistem paip, pemanasan dan pendingin udara (RM1.1 bilion) serta pemasangan elektrik (RM0.9 bilion), katanya.
Sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan pada suku ini, dengan peningkatan sebanyak 8.6 peratus (suku kedua 2023: 17.3 peratus), yang disumbangkan oleh aktiviti pertukangan khas (26.5 peratus) dan kejuruteraan awam (10.2 peratus).
Nilai kerja oleh sektor swasta berjumlah RM19.6 bilion atau 58.5 peratus daripada nilai kerja pembinaan keseluruhan.
Sebaliknya, sektor awam dengan sumbangan sebanyak 41.5 peratus atau RM13.9 bilion, melonjak dengan mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 10.9 peratus berbanding penurunan 4.8 peratus pada suku sebelumnya.
Pemulihan ini dipacu oleh aktiviti kejuruteraan awam (19.2 peratus) dan bangunan kediaman (14.8 peratus), masing-masing sebanyak RM10.6 bilion dan RM0.5 bilion.
Hampir 60 peratus daripada nilai kerja pada suku ketiga 2023 tertumpu di Selangor (RM8.1 bilion atau 24.2 peratus), Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) bernilai RM4.3 bilion atau 12.8 peratus, Sarawak (RM3.8 bilion atau 11.4 peratus) dan Johor (RM3.5 bilion atau 10.6 peratus).
"Prestasi nilai kerja pembinaan bagi tiga suku tahun pertama 2023, mencatatkan nilai sebanyak RM98.0 bilion, dengan peningkatan sebanyak 9.0 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2022 (suku pertama hingga suku ketiga 2023: 6.6 peratus).
"Pertumbuhan positif ini didorong terutamanya oleh sumbangan signifikan dalam aktiviti kejuruteraan awam (14.9 peratus)," kata Mohd Uzir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata nilai kerja sektor pembinaan terus mengekalkan momentum positif untuk suku keenam berturut-turut.- Gambar hiasan
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Nilai kerja sektor pembinaan melonjak 9.6 peratus kepada RM33.4 bilion pada suku ketiga
Nilai kerja sektor pembinaan Malaysia melonjak sebanyak 9.6 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2023 untuk mencatatkan sejumlah RM33.4 bilion.