KUALA LUMPUR: Nestlé (Malaysia) Bhd memberi amaran tentang kenaikan harga makanan komoditi dalam pengumuman keputusan suku tahunan terbarunya semalam.
Pengeluar makanan dan minuman (F&B) itu berkata, harga komoditi yang tinggi sebagai cabaran utama pada masa akan datang.
"Kami menjangkakan kesannya akan lebih ketara pada bulan-bulan akan datang dan terutamanya pada 2022.
"Namun begitu, kami yakin kami akan dapat mengekalkan momentum positif kami dan memberikan satu lagi tahun keputusan yang kukuh pada 2021," katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini semalam.
Nestlé mengumumkan keuntungan bersihnya meningkat 15.3% kepada RM148.02 juta daripada RM128.39 juta setahun yang lalu bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021 berikutan pertumbuhan teratas yang bertambah baik dan perbelanjaan pemasaran yang lebih rendah.
Hasil suku tahunan Nestlé meningkat 3.62% kepada RM1.44 bilion daripada RM1.39 bilion setahun lalu dan syarikat itu mengisytiharkan dividen interim sebanyak 70 sen sesaham, berjumlah RM164.15 juta, untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Kumpulan itu berkata hasil suku tahunan yang lebih tinggi itu dicapai berikutan pertumbuhan jualan dalam kedua-dua pasaran domestik dan eksport, yang masing-masing meningkat sebanyak 3.4% dan 4.5%.
"Pertumbuhan itu didorong oleh perniagaan F&B kumpulan yang mencatatkan pertumbuhan 5.5% pada suku ketiga 2021," katanya.
Nestlé juga berkata ia merekodkan perbelanjaan pemasaran yang lebih rendah berikutan aktiviti pemasaran terhad susulan sekatan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada suku ke tiga 2021 berbanding suku tahun sebelumnya apabila sekatan dilonggarkan semasa PKP pemulihan.
Pada asas suku ke suku, keuntungan bersih kumpulan itu berkembang 10% daripada RM134.53 juta, manakala hasilnya meningkat 4.3% daripada RM1.38 bilion.
*Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Tue Nov 02 2021
Hasil suku tahunan Nestle meningkat 3.62% kepada RM1.44 bilion daripada RM1.39 bilion setahun lalu. - Foto DagangNews.com
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
Gencatan senjata Gaza: Nestle, Berjaya Food bakal peroleh manfaat, tetapi berdepan saingan sengit - Penganalisis
Perniagaan mereka terjejas akibat boikot berterusan produk sebagai protes terhadap tindakan Israel dalam tempoh 15 bulan lalu.
MIDF Research jangka Nestle terus berdepan tekanan kesan kelemahan perbelanjaan pengguna, inflasi
Jualan domestik dijangka kekal lemah kerana pengguna mengutamakan pembelian penting.
Untung bersih Nestle jatuh 36.1 peratus kepada RM85.41 juta pada suku ketiga
Kejatuhan itu mencerminkan kesan perolehan yang lebih rendah di samping usaha berterusannya untuk meningkatkan kecekapan dalaman.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
Nestle cadang ambil alih 100 peratus kepentingan ekuiti Wyeth Malaysia pada harga RM165 juta
Cadangan pengambilalihan melibatkan 1.97 juta saham biasa dalam Wyeth Malaysia mewakili keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat itu.
Nestle beri amaran kenaikan harga makanan komoditi
Pengeluar makanan dan minuman (F&B) itu berkata, harga komoditi yang tinggi sebagai cabaran utama pada masa akan datang.
Beramal dan bantu komuniti memerlukan bersama #SkuadKebaikanMILO
Tradisi turun temurun oleh jenama minuman coklat malt itu merupakan misi dalam menyatukan komuniti terjejas secara dalam talian.
Anda peminat kopi? Inovasi Nestle dan Starbucks Premium Instant pasti akan buat anda teruja
Rangkaian ini merangkumi 11 jenis produk, termasuk pakej biji kopi, kopi panggang dan kisar serta kapsul kopi.
SKMM tarik balik penggantungan sementara domain madlabs.com.my
Laman berkenaan sedang diperbaiki bagi mengatasi masalah penghalaan pengguna ke laman-laman yang tidak sepatutnya.