Bermula hari ini, kira-kira 20,000 kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bakal menerima surat masing-masing bagi mengetahui nasib mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS yang baharu, Christoph Mueller menyatakan dengan jelas bahawa kebimbangan kakitangan syarikat penerbangan itu bakal ditamatkan tidak lama lagi.

Proses penamatan perkhidmatan adalah sebahagian daripada rancangan untuk membentuk semula MAS.

Aset dan liabiliti sedia ada akan dipindahkan kepada MAS Bhd yang bakal mengambil alih operasi bermula 1 September.

Setiap kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan akan mendapat bayaran asas bergantung kepada gred mereka.

Mereka yang tidak ditawarkan pekerjaan dengan MAS Bhd juga layak untuk menerima bayaran ex-gratia.

Mereka yang ditawarkan bekerja di MAS Bhd juga akan mendapat bonus.

Proses penamatan perkhidmatan akan berlaku secara berperingkat, malah sesetengah daripada mereka mungkin ditawarkan kontrak jangka pendek.

MAS Bhd akan menjadi syarikat penerbangan yang baharu, dengan wajah baharu dan penjenamaan semula.