KUALA LUMPUR: Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) telah mengambil pendekatan proaktif dengan mengumpulkan lebih daripada 250 pemain industri melalui sesi rangkaian pertama yang diadakan pada tahun ini.

Majlis yang bertujuan untuk memupuk kerjasama dan peluang pertumbuhan itu dihadiri oleh ahli Industry Partner Programme (IPP) dan bukan ahli IPP, termasuk pengendali tempat, penganjur persidangan profesional, penganjur pameran profesional serta ramai lagi.

Berlangsung di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, majlis tersebut turut menjadi platform pemegang kepentingan industri untuk berhubung, berkongsi pandangan dan merancang kursus untuk tahun yang akan datang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Azman Tambi Chik yang mengadakan pertemuan rasmi pertama beliau bersama pemain industri tempatan, sesi rangkaian tersebut adalah bukti komitmen MyCEB memelihara komuniti acara perniagaan yang dinamik dan bersatu padu di Malaysia.

“Dengan mengumpulkan pemegang kepentingan industri acara perniagaan, kami bertujuan untuk memudahkan pertukaran bermakna dan mendorong pertumbuhan bersama.

“Saya berbangga dapat menjadi tuan rumah mereka untuk kali pertama dalam kapasiti saya sebagai CEO MyCEB dan saya mengucapkan terima kasih kepada mereka atas sokongan berterusan mereka,” katanya.

Intipati utama dari sesi rangkaian tersebut menekankan kepentingan konvergensi tahunan untuk menetapkan nada dan menubuhkan dasar bersama dalam industri.

Ia dengan menyediakan peluang kepada ahli mengutarakan keperluan dan perspektif mereka agar memperoleh wawasan yang lebih jauh mengenai cabaran serta peluang yang ada dalam landskap acara perniagaan.

xxx

MyCEB kini bersiap sedia bagi pelancaran MICE / Business Events (BE)  Community pada tahun hadapan, di samping menetapkan fokus utama pada penguatan hubungan serantau, mempromosikan pertumbuhan ekonomi, dan meningkatkan profil keseluruhan industri acara perniagaan di Asia Tenggara.

Usaha perintis itu ditubuhkan semasa kunjungan hormat ke Asosiasi Perusahaan Pameran Indonesia (IECA-ASPERAPI), seterusnya diperkuat dengan panggilan hormat ke Thailand Convention & Exhibition Bureau (TCEB).

Sementara itu, MyCEB juga menggesa ahli bukan-IPP menjadi sebahagian daripada program jangka panjang Biro agar tidak ketinggalan.

Ditubuhkan pada tahun 2011, IPP berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan profil ahlinya ke pasaran antarabangsa, terutamanya melalui pelbagai perkhidmatan dan peluang pembangunan acara perniagaan yang tersedia.

Perkhidmatan ini termasuk aktiviti jualan dan pemasaran koperasi, pembangunan profesional, rangkaian perniagaan ke perniagaan, risikan pasaran dan profil produk dalam penerbitan dalam talian serta cetak MyCEB.

Sehingga kini, IPP telah mendapat sokongan daripada lebih 212 ahli dan berusaha untuk membangun rangkaian ini.

Kejayaan sesi rangkaian ini mencerminkan dedikasi MyCEB dalam menyokong pertumbuhan dan pembangunan industri acara perniagaan Malaysia.

Dengan adanya Biro yang terus menerajui inisiatif bagi menggalakkan perkongsian strategik dan inovasi, Malaysia kekal bersedia untuk menarik pelbagai acara antarabangsa dalam mengukuhkan ekonomi dan reputasi negara sebagai destinasi acara perniagaan yang terulung dan mampan.