Mulai 1 Mac, Malaysia Airlines (MAS) akan mengalu-alukan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif baru, warga Jerman, Christoph R. Mueller.
Mueller yang mempuyai 25 tahun pengalaman dalam industri penerbangan merupakan Ketua Eksekutif Aer Lingus, syarikat penerbangan Ireland merupakan calon yang paling sesuai menerajui 'salah satu tugasan Ketua Pegawai Eksekutif paling sukar' di dunia.
Sejak 1994 hingga 1999, Mueller terbabit dalam pemulihan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh Jerman, Lufthansa dan kini mengharungi cabaran, memulihkan MAS yang telah mengalami tragedi berkembar pada 2014 dengan kehilangan penerbangan MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh.
Pada 29 Ogos 2014, Khazanah Malaysia mengumumkan usaha pemulihan akan melibatkan suntikan dana sebanyak RM6 billion dengan pengurangan sebanyak 6,000 pekerjaan.
Menurut laporan Maybank IB, MAS kini mempunyai kadar perbelanjaan tunai sebanyak RM5 juta setiap hari.
MAS mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM935 juta bagi tahun akhir 2013 dan Maybank menganggarkan kerugian melonjak kepada RM1.2 bilion bagi tahun berakhir 2014.
Pada 2013, MAS telah berjaya meningkatkan penggunaan pesawat badan kecilnya daripada 9 jam ke 11 jam sehari.
Pemulihan yang merupakan pembentukan MAS menyaksikan rundingan semula kontrak yang dikatakan berat sebelah dan tidak memihak kepada syarikat penerbangan kebangsaan.
Salah satu isu utama yang Mueller akan tempuhi adalah prestasi merudum syarikat penerbangan itu.
Ia terbukti prestasi kewangan tahun lalu di mana MAS mempunyai hasil yang sangat rendah walaupun mempunyai 70 hingga 80 peratus faktor muatan yang baik.
Salah satu sebab untuk hasil yang rendah ialah MAS terpaksa bersaing dengan syarikat penerbangan tambang rendah seperti AirAsia dan syarikat penerbangan hibrid seperti Malindo Air, MAS terpaksa menurunkan harga untuk memperoleh kelebihan beban faktor dengan mengorbankan keuntungan.
Salah satu kelebihan yang berpihak kepada Mueller ialah senario harga minyak semasa yang rendah yang dapat meningkatkan keuntungan syarikat penerbangan itu sebagai bahan api yang merangkumi 50% daripada kos MAS .
Menurut unjuran Maybank, MAS menggunakan 15.8 juta tong bahan api jet pada 2014.
"Apa-apa manfaat dari penurunan harga minyak akan bergantung kepada perlindungan nilai dasar MAS," kata seorang ketua penyelidikan di sebuah syarikat broker saham tempatan kepada Astro AWANI ketika dihubungi di sini, pada Isnin.
Mengulas pelantikan Mueller itu, ketua penyelidikan itu berkata bahawa "ia adalah terlalu awal untuk menghakiminya (Mueller) dan ramai penganalisis tempatan hanya mendengar mengenai beliau melalui media dan ia akan menjadi tidak wajar untuk memberi komen ke atasnya."
Walaupun Mueller mempunyai tugasan yang berat, namun dengan strategi yang betul serta rasionalisasi lauluan yang betul dan baik, juga peningkatan hasil, tentunya pemulihan MAS akan menjadi suatu kenyataan.
Astro Awani
Mon Jan 19 2015
![Mueller terajui satu tugasan CEO 'paling sukar di dunia' Mueller terajui satu tugasan CEO 'paling sukar di dunia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/51417782356_295x200.jpg)
Perlantikan Mueller sebelum ini pernah dikritik hebat kerana kewarganegaraanya. - Gambar fail
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Mueller terajui satu tugasan CEO 'paling sukar di dunia' Mueller terajui satu tugasan CEO 'paling sukar di dunia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/51417782356_295x200.jpg)
Mueller terajui satu tugasan CEO 'paling sukar di dunia'
Warga Jerman Christoph R. Mueller dikatakan calon yang paling sesuai menerajui 'salah satu tugasan Ketua Pegawai Eksekutif paling sukar' di dunia dalam usaha penstrukturan semula MAS.