Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) akan mengusulkan beberapa cadangan kepada kerajaan bagi mengatasi krisis kejatuhan nilai mata wang ringgit.
Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nizam Mahshar berkata, cadangan ini amat penting bagi mengembalikan semula kepercayaan para pedagang untuk berdagang dengan nilai ringgit.
“Persoalan kepercayaan pasaran terhadap nilai ringgit itu juga penting, adakah mereka mahu berdagang dengan ringgit kita, jadi bagaimana kita mahu menangani masalah kepercayaan ini?
“Penentuan harga Malaysia mempunyai fundamental yang kuat tetapi andaikata kepercayaan ni tak wujud, ramai yang akan sukar untuk berurusan dengan mata wang Malaysia, kita perlu perkukuhkan dari segi kepercayaan dulu,” tegasnya.
Mohd Nizam Mahshar memberitahu, antara cadangan yang diusulkan adalah memperbaiki isu urus tadbir negara, dan menyelesaikan isu-isu negatif yang melanda negara yang mungkin menyumbang kepada kurang kepercayaan terhadap pasaran dalam ringgit.
“Cadangannya, kita kena memperbaiki persepsi pasaran, memperbaiki isu urus tadbir negara, isu-isu negatif akhir-akhir ini yang mungkin menyumbang kepada kepercayaan tadi (kepercayaan pasaran) harus ditangani segera, pengawalan tentang wang keluar itu harus juga ditangani termasuk daripada pekerja-pekerja asing, kita kena stabilkan balik.
“Saya rasa benda ni tak boleh ditangani segera (kerana) banyak faktor luar yang berkaitan, tapi market flow confidence (keyakinan aliran pasaran) untuk berdagang itu yang asas,” jelasnya.
Walaupun agak sukar untuk menangani isu ini, Mohd Nizam optimis ia akan berjaya dipulihkan berikutan isu sama pernah melanda Malaysia pada 1970.
“Kita pernah menangani isu ini sebelum ini, dan bagaimana kita nak menangani isu ini sekarang, persoalan asasi nak menyelesaikan masalah ini adalah bagaimana kepercayaan untuk berdagang dalam ringgit.
“Jadi buat masa ini kita perlu melihat dari segi polisi yang ada, antara lain kita kena pastikan capital kita, outflow dia tak keluar, duit-duit yang sedia ada pula tak dipindahkan dan tak ditukar, jadi modal dalaman negara ni terus kukuh,” ujarnya.
Mohd Nizam ditemui dalam sidang media pengumuman Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2015 (SEM 2015) di Kuala Lumpur Golf & Country Club.
SME 2015 yang dijangka berlangsung 17 Jun depan dengan tema “Status Ekonomi Melayu: Menuju Negara Berpendapatan Tinggi” ini menekankan peningkatan daya saing usahawan Melayu bagi merapatkan jurang ekonomi, jurang pegangan harta dan jurang perbezaan golongan itu dengan komuniti lain di negara ini.
Huzaifah Abd Jamil
Tue Jun 09 2015

Walaupun agak sukar untuk menangani isu ini, MTEM optimis ia akan berjaya dipulihkan berikutan isu sama pernah melanda Malaysia pada 1970. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan digesa lanjutkan bantuan ERP sehingga hujung tahun
Kerajaan digesa untuk melanjutkan bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini bagi membantu majikan dan pekerja yang terkesan dengan penularan COVID-19.

Rakyat Malaysia gusar hanya 20 peratus pekerja dapat bantuan - MTEM
Laporan LAKSANA yang mendedahkan hanya 20 peratus daripada keseluruhan pekerja mendapat bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, mengundang kegusaran rakyat Malaysia.

Kerajaan PH dicabar lebih berani bantu Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, konsep meritokrasi dalam membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana disifatkan sebagai tidak adil.

Ke mana hala tuju industri padi pasca PRU14?
Daripada 100 tan padi yang dituai diproses di kilang, secara purata hanya 64 tan sahaja dapat ditukar kepada beras menyebabkan kadar produktiviti industri padi kekal rendah.

Wujudkan undang-undang anti-diskriminasi dalam sektor pekerjaan
Kerajaan wajar mewujudkan peruntukan undang-undang anti-diskriminasi bagi sektor pekerjaan dalam negara.

MTEM usul cadangan atasi kejatuhan nilai Ringgit
Antara cadangan yang diusulkan MTEM adalah memperbaiki isu urus tadbir negara dan menyelesaikan isu-isu negatif yang melanda negara.

Surat terbuka MTEM untuk Presiden Obama
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu memberikan pandangan tentang kebimbangan majlis itu berhubung perjanjian Perkongsian Trans Pasifik ( TPPA ).

Cadangan SPRM jadi badan bebas disokong
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyokong cadangan untuk menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai badan bebas seperti Suruhanjaya Pilihan Raya.