Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyokong cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, untuk menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai badan bebas seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam satu kenyataan media, jurucakap MTEM Mohd Azwar Aizam Anwar Ridhwan berkata cadangan tersebut diharapkan boleh membina sebuah institusi pencegahan rasuah yang lebih dinamik dan berintegriti yang selari dengan pelan transformasi yang dirangka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"SPRM perlu menjadi sebuah entiti bebas tanpa kecenderungan kepada mana-mana pihak. Langkah ini mampu menjadi penanda aras bahawa kerajaan Malaysia telus dan serius dalam menangani gejala rasuah. Ia juga seiring dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi."
Katanya, berdasarkan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI), Malaysia disenaraikan di tangga ke-54 daripada 176 buah negara pada 2013 berbanding ke-60 tahun lalu, namun, masyarakat tempatan dan pelabur asing tetap mempunyai persepsi negatif terhadap tahap integriti negara.
"Amalan rasuah seperti penyalahgunaan kuasa, suapan, kontrak Ali Baba menggagalkan matlamat untuk menghasilkan usahawan Melayu yang berdaya saing dan tidak bergantung kepada kerajaan," Mohd Azwar Aizam berkata.
Tambah beliau, dalam liberalisasi ekonomi, masyarakat perlu lebih berani dan menjauhi amalan rasuah.
"Pewarisan kekayaan (wealth succession) dan pewarisan perniagaan (business succession) tidak akan berlaku jika rasuah menjadi amalan masyarakat. Kelas usahawan dan perniagaan yang matang juga tidak akan wujud dengan gejala ini," katanya.
Sebelum ini, Razali berkata cadangan untuk menjadikan SPRM satu badan bebas kini di peringkat kajian.
Beliau berkata cadangan itu akan dibawa ke Dewan Rakyat yang melibatkan pindaan seksyen undang-undang berkaitan.
"Kerajaan mengharapkan kerjasama daripada semua untuk memberi sokongan dua pertiga sebelum dapat menubuhkan sebuah badan yang akan kelihatan lebih telus," katanya.
Astro Awani
Sat Dec 07 2013


Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Identiti lelaki yang dikaitkan dalam video intim diketahui bulan depan
Identiti lelaki dalam video intim sejenis yang pernah menggemparkan negara beberapa bulan lalu akan diketahui sebelum hujung tahun ini, kata PDRM