KUALA LUMPUR: MKD Signature Sdn Bhd (MSSB) masih merupakan pemegang saham utama Mulia Property Development Sdn Bhd (MPDSB) yang memiliki bangunan Exchange 106 di dalam Projek Tun Razak Exchange (TRX).
Ia ditegaskan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini, susulan satu laporan media mengenai penjualan saham milik MSSB iaitu syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dalam MPDSB.
Kenyataan itu memaklumkan, buat masa ini tidak wujud sebarang perjanjian penjualan saham kepada mana-mana pihak seperti yang didakwa.
"Buat masa ini MSSB masih menjadi pemegang saham utama MPDSB dan tidak wujud sebarang perjanjian penjualan saham kepada mana-mana pihak.
"Penjualan saham MSSB di dalam syarikat MPDSB adalah tertakluk kepada Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pemegang Saham yang dimeterai pada tahun 2017 di mana MIL mempunyai hak untuk melaksanakan Call Option untuk membeli semula 51 peratus saham MSSB dengan harga yang telah dipersetujui dan setelah menjelaskan pinjaman yang diberikan oleh MSSB," kata kenyataan itu.
MSSB telah mengambil alih 51 peratus saham di dalam MPDSB pada 19 Julai 2017 daripada MIL manakala 49 peratus saham lagi masih dimiliki oleh MIL.
Jelas kenyataan itu, keputusan penglibatan MSSB di dalam pembangunan Exchange 106 pada waktu tersebut dibuat bagi memelihara kepentingan projek TRX yang terpalit dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana kesukaran MPDSB mendapatkan pinjaman untuk membiayai projek tersebut.
Astro Awani
Sun Apr 11 2021

MSSB telah mengambil alih 51 peratus saham di dalam MPDSB pada 19 Julai 2017 daripada MIL manakala 49 peratus saham lagi masih dimiliki oleh MIL. - Gambar fail/ Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

MSSB masih pemegang saham utama MPDSB - Kementerian Kewangan
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kewangan ekoran satu laporan media mengenai penjualan saham milik MSSB iaitu syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dalam MPDSB.