Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah memberikan 31 pakej bernilai RM30 bilion setakat ini, bagi projek MRT Lembah Klang Laluan Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya (SSP).
Pengarah Projek laluan itu, Datuk Amiruddin Ma'aris berkata baki 38 pakej, bernilai RM2 bilion, dijangka akan diberikan pada tahun ini dan 2018.
"Kerja-kerja pembinaan telah bermula bagi jajaran bertingkat utara dan selatan, bahagian bawah tanah jajaran dan depot. Kami telah mencapai banyak kemajuan," katanya pada taklimat media mengenai kemajuan terkini MRT Laluan SSP di sini hari ini.
Beliau berkata pada masa ini, keseluruhan kemajuan MRT Laluan SSP adalah sebanyak 5.3 peratus dan mengikut jadual pembinaan laluan tersebut.
Amiruddin berkata antara kerja-kerja yang sedang dilakukan pada masa ini bagi bahagian bertingkat adalah penempatan semula utiliti, pembersihan tapak, kerja-kerja cerucuk, kerja-kerja tukup cerucuk dan kerja-kerja pembinaan tiang.
"Pada kadar ini, kami akan dapat mula melancarkan galang kekotak bersegmen untuk membina jejambat bertingkat pada suku ketiga tahun ini," katanya.
Bagi kerja-kerja bawah tanah, katanya kerja-kerja tersebut berjalan lancar pada enam peratus, yang termasuk penempatan semula utiliti, penggalian untuk stesen dan syaf, dan pengubahsuaian mesin pengorek terowong (TBM), serta pembuatan.
Beliau berkata 12 TBM akan digunakan untuk menggali terowong bagi bahagian bawah tanah Laluan SSP.
Daripada jumlah itu, lapan adalah mesin yang dibaik pulih yang digunakan di MRT Laluan Sungai Buloh - Kajang, dan baki empat adalah baharu.
Sementara itu, Amiruddin berkata nilai pakej yang belum diberikan, tidak akan terjejas oleh pergerakan ringgit.
"(Pakej) dalam nilai mata wang asing kebanyakannya telah selesai dan kami memberikan kesemuanya pada 2016. Oleh itu, kami telah menetapkan harga (pakej)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2017
Pada masa ini, keseluruhan kemajuan MRT Laluan SSP adalah sebanyak 5.3 peratus dan mengikut jadual pembinaan laluan tersebut. - Gambar hiasan
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Hari Kebangsaan: MRT laluan Putrajaya dipenuhi wajah-wajah ceria
Perkhidmatan MRT beroperasi selama 24 jam pada 30 dan 31 Ogos bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.
Lorong bas Jalan Klang Lama: Pengguna jalan raya diharap beri maklum balas membina - Exco
Pengguna jalan raya di laluan projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama, di sini diharap dapat bekerjasama dan memberi maklum balas membina sepanjang tempoh percubaan perkhidmatan itu.
Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Koc wanita MRT laluan Putrajaya mula Isnin ini - Rapid Rail
Koc wanita bagi Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini.
Deloitte Malaysia, MRT Corp tandatangani perjanjian hak penamaan stesen MRT
Deloitte Malaysia telah melancarkan stesen MRT Deloitte TTDI pada Selasa, menandakan integrasinya ke dalam rangkaian 29 stesen di sepanjang laluan MRT Kajang.
Kadar kes gangguan seksual wanita di pengangkutan awam berjaya diturunkan
Kejayaan berkenaan berikutan pengenalan koc wanita selama tiga bulan di MRT Laluan Kajang bermula September lalu.
Penganggur tunjuk kemaluan di MRT didenda RM2,000
Tindakan seorang penganggur menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di Transit Aliran Massa (MRT), mengundang padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.
Rapid KL nafi berlaku letupan libatkan tren MRT
Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang tadi seperti yang tular menerusi media sosial.
Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin
Kedua-duanya akan beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan setiap 15 minit dan tambang RM1.
Gangguan seksual: Percubaan operasi koc wanita MRT laluan Kajang hujung bulan ini
Percubaan operasi bagi koc wanita untuk perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang akan dimulakan pada hujung bulan ini.