KUALA LUMPUR: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan permintaan terhadap semua jenis minyak dan lemak kembali meningkat, terutama bagi minyak sawit yang juga minyak sayuran dengan harga paling kompetitif di pasaran pada masa ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata Malaysia dan Indonesia yang menyumbang 85% daripada pengeluaran minyak global, akan menjadi tumpuan perdagangan minyak dan lemak antarabangsa.
Menurutnya, prestasi minyak dan lemak global bagi 2021 juga menunjukkan tahun ini sebagai paling mencabar bagi pihak pengeluar dan pengguna di serata dunia berikutan impak pandemik COVID-19 yang turut mengubah aliran penggunaannya.
Namun, beliau berkata masih terdapat tanda-tanda optimis di sebalik cabaran tersebut.
“Memandangkan 30% pengeluaran minyak dan lemak global adalah dari sumber Malaysia dan Indonesia, maka peranan kedua-dua negara ini amat penting dari segi unjuran harga minyak sawit,” katanya ketika membentangkan kertas kerja di seminar ‘Pointers on Price Trends’ anjuran MPOC secara dalam talian di sini, Isnin.
Maklumat Oil World menunjukkan pengeluaran minyak dan lemak global bersumberkan minyak sawit, minyak kacang soya dan minyak biji sesawi diunjur meningkat kepada 242.76 juta tan pada 2021 daripada 238.61 juta tan pada 2020.
Daripada jumlah itu, minyak sawit muncul sebagai penyumbang terbesar dengan sumbangannya dijangka mencecah 32% dan diikuti oleh minyak soya (25%), minyak lain (24%), minyak biji sesawi (11%) dan minyak bunga matahari (8%).
Menurut Oil World, penggunaan minyak dan lemak berasaskan minyak sawit juga kekal terbesar sebanyak 31% berbanding saingan terdekat, minyak soya pada 25%.
Wan Zawawi berkata secara keseluruhannya, industri minyak dan lemak turut memberi tindak balas positif terhadap pembukaan semula aktiviti ekonomi di negara-negara pengguna utama seperti peningkatan eksport di kebanyakan negara.
Sehubungan itu, beliau menjangkakan pemulihan berterusan di peringkat ekonomi global dan harga minyak dan lemak itu akan kekal kukuh sehingga sekurang-kurangnya pada akhir 2021.
“Destinasi eksport utama bagi minyak sawit kita untuk tempoh Jan-Sept, 2021 adalah India yang mencatat sebanyak 22.15% diikuti oleh China (11.38%), Belanda (6.40%) dan Turki (4.37%).
“Oleh kerana sebahagian besar negara-negara telah bertindak melonggarkan sekatan masing-masing, harga komoditi utama ini kembali ketara dan terbukti menerusi peningkatan harga minyak sawit yang memulakan tahun ini pada paras RM3,700 satu tan dan seterusnya melebihi RM4,500 satu tan pada Mei lepas. Malah, harga itu terus stabil,” katanya.
Seminar Pointers secara dalam talian selama seminggu itu menyediakan akses untuk peserta di serata lokasi dunia dan mengetengahkan topik termasuk elemen asas yang mempengaruhi harga minyak sawit mentah pada masa ini serta potensi produk sawit bagi sektor tenaga boleh baharu Jepun.
Acara tersebut turut mengetengahkan perkongsian pandangan dan analisis oleh pakar pasaran mengenai pasaran minyak sawit mampan Malaysia serta prospek minyak sawit di negara-negara Asia bagi 2022 dan tempoh seterusnya.
Dagang News
Tue Oct 19 2021
![MPOC jangka permintaan minyak, lemak berasaskan sawit meningkat semula MPOC jangka permintaan minyak, lemak berasaskan sawit meningkat semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634624564_sawit.jpg)
MPOC menjangkakan pemulihan berterusan di peringkat ekonomi global dan harga minyak dan lemak itu akan kekal kukuh sehingga sekurang-kurangnya pada akhir 2021.
Malaysia kekal pendirian berkecuali - PM
Pendirian Malaysia jelas untuk kekal berkecuali dan tidak akan terlibat dalam persaingan kuasa besar.
![Pencapaian pelaksanaan SRBJ dinilai dalam tempoh enam bulan hingga setahun - Exco Pencapaian pelaksanaan SRBJ dinilai dalam tempoh enam bulan hingga setahun - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709630366_TBAZNANTAMINjp.jpg)
Pencapaian pelaksanaan SRBJ dinilai dalam tempoh enam bulan hingga setahun - Exco
Pencapaian pelaksanaan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) di empat buah sekolah akan dinilai dalam tempoh enam bulan hingga setahun.
Garis Panduan Islam: Islam larang menyerupai jantina lain - JAKIM
Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita.
PM buat lawatan mengejut di SK Kg Bharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan mengejut di Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu di ibu negara sempena hari pertama pembukaan Sesi Persekolahan 2025/2026.
![Broadcom, TSMC dilapor akan beli beberapa perniagaan Intel Broadcom, TSMC dilapor akan beli beberapa perniagaan Intel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639630545_Intel.jpg)
Broadcom, TSMC dilapor akan beli beberapa perniagaan Intel
Broadcom berminat membeli perniagaan rekaan cip Intel manakala TSMC pula berminat membeli beberapa kilang pengeluaran.
"Kita memilih untuk memberi pengiktirafan kepada peranan PETROS" - PM
Perdana Menteri memaklumkan bahawa bagi penjelasan hari ini, beliau mahu menekankan kepada negeri Sarawak yang banyak menyumbang kepada rakyat negerinya.
Kerjasama erat kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan diteruskan demi menjamin kesejahteraan negeri Sarawak dan negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerjasama erat kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan diteruskan demi menjamin kesejahteraan negeri Sarawak dan negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Pemandu e-hailing didakwa buat kenyataan hina agama Islam Pemandu e-hailing didakwa buat kenyataan hina agama Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Pemandu e-hailing didakwa buat kenyataan hina agama Islam
Pertuduhan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Lelaki parah, anggota PDRM cedera kereta bertembung trak PDRM
Seorang lelaki cedera parah manakala tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kecederaan ringan selepas sebuah kereta Kia Sorento yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori PDRM sebelum terbakar di Jalan Bukit Cerakah, Kampung Bukit Cherakah, pagi Isnin.
"Ada kewajaran untuk dimantapkan persefahaman dan kerjasama..." - PM
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan kemunculan Petroleum Sarawak (PETROS) dan keberadaan syarikat minyak gergasi negara, PETRONAS sememangnya wajar dimeterai permuafakatan bagi memenuhi kerukunan diatas semangat persekutuan.
Ini juga agar tatakelola dasar dan perkembangan industri petroleum dan gas terus semarak, tambah beliau.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Ini juga agar tatakelola dasar dan perkembangan industri petroleum dan gas terus semarak, tambah beliau.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Op Taring: PGA tumpaskan kegiatan seludup tanaman bernilai RM4.3 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman bernilai RM4.3 juta selepas menahan dua buah lori di dua tempat berasingan di Rantau Panjang, Sabtu lalu.
![MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025 MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723453412_MinyakSawitMalays.jpg)
MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025
Hala tuju harga minyak sawit pada 2025 akan banyak bergantung kepada dinamik bekalan eksport dari Malaysia dan Indonesia, bersama-sama dengan peralihan dasar di Amerika Syarikat dan Indonesia.
![MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671777659_kelapasawit.jpg)
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
![Malaysia mesti teroka pasaran lain minyak sawit yang berpotensi tinggi - MPOC Malaysia mesti teroka pasaran lain minyak sawit yang berpotensi tinggi - MPOC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81596645078_kelapasawit.jpg)
Malaysia mesti teroka pasaran lain minyak sawit yang berpotensi tinggi - MPOC
Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menggesa pemain-pemain industri minyak sawit beralih secara strategik ke arah meneroka pasaran lain yang berpotensi tinggi untuk eksport minyak sawit.
![Peraturan buruh paksa baharu EU tidak seharusnya membebankan - MPOC Peraturan buruh paksa baharu EU tidak seharusnya membebankan - MPOC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677679070_logoMPOC.jpg)
Peraturan buruh paksa baharu EU tidak seharusnya membebankan - MPOC
Malaysia perlu menggariskan bahawa peraturan baharu Kesatuan Eropah (EU) mengenai buruh paksa untuk tidak menjadi terlalu membebankan kepada pengusaha dalam rantaian bekalan minyak sawit.
![Kerjasama erat untuk pertahankan minyak sawit, produk pertanian - Fadillah Kerjasama erat untuk pertahankan minyak sawit, produk pertanian - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685369343_TBFADILLAHBRUSSELS.jpg)
Kerjasama erat untuk pertahankan minyak sawit, produk pertanian - Fadillah
Malaysia dan rakyatnya harus bekerjasama erat untuk mempertahankan khususnya minyak sawit dan produk komoditi pertanian negara secara amnya daripada peraturan-peraturan yang tidak adil.
![MPOC lantik Bek-Nielsen sebagai pengerusi baharu MPOC lantik Bek-Nielsen sebagai pengerusi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679547624_Carlbeknielsen.jpg)
MPOC lantik Bek-Nielsen sebagai pengerusi baharu
Bek-Nielsen mahir dengan cabaran dan isu yang dihadapi oleh industri kerana berpengalaman luas dalam industri minyak sawit Malaysia.
![Tiada komitmen dari EU mengenai kebimbangan terhadap peraturan penebangan hutan - MPOC Tiada komitmen dari EU mengenai kebimbangan terhadap peraturan penebangan hutan - MPOC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677679070_logoMPOC.jpg)
Tiada komitmen dari EU mengenai kebimbangan terhadap peraturan penebangan hutan - MPOC
MPOC akan terus dapatkan penglibatan dalam EUDR, dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menentang diskriminasi terhadap minyak sawit.
![Kerajaan pergiat usaha promosi produk berasaskan sawit di pasaran antarabangsa Kerajaan pergiat usaha promosi produk berasaskan sawit di pasaran antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634624564_sawit.jpg)
Kerajaan pergiat usaha promosi produk berasaskan sawit di pasaran antarabangsa
Ia bagi meningkatkan pengiktirafan serta permintaan minyak sawit dan produk sawit keluaran Malaysia.
![Lapor segera pelabelan negatif produk berasaskan minyak sawit - MPOC Lapor segera pelabelan negatif produk berasaskan minyak sawit - MPOC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664873699_sawit.jpg)
Lapor segera pelabelan negatif produk berasaskan minyak sawit - MPOC
Produk dengan label 'Tanpa Minyak Sawit' kini dijual oleh peruncit dan pasar raya di Malaysia meskipun negara berusaha keras untuk mempromosikan kebaikan minyak sawit.
![Malaysia harus sebar luas inisiatif kelestarian minyak sawitnya - Pakar Malaysia harus sebar luas inisiatif kelestarian minyak sawitnya - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650189012_Sawit.jpg)
Malaysia harus sebar luas inisiatif kelestarian minyak sawitnya - Pakar
Pakar antarabangsa berkata Malaysia mesti secara agresif menguar-uarkan inisiatif kelestarian minyak sawitnya.